4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers


Kalau nak senang bangun malam..
bacalah 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah (tips ni aku dpt drpd blog seorang homo sapien). Insya-Allah ada kebaikan & dipermudahkan.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, barangsiapa yang membaca dua ayat itu maka dia akan terpenuhi (kemahuannya) kerana berkat ayat tersebut”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dah 7 Sya’ban dah cik abang zubair ooi! Cukup2 la buat benda bukan2..
Aku tgh cuba habiskan baca buku “Mencari Mutiara di Dasar Hati”.
Antara bahagian yg membuatkan aku rasa sebak adlh bila baca part ni;

Saudaraku, genggam erat-erat tali keimanan kita,
Kenalilah diri.
Fahamilah kebiasaannya.
Rasakan setiap getaran-getarannya.
Lalu berhati-hati dan kawallah kemahuan dan kecenderungannya.
Waspada kekurangannya dan manfaatkan kelebihannya.
Berdoalah kepada Allah agar Dia menyingkapkan ilmu-Nya tentang diri.
Sebagaimana senandung doa yang dilantunkan Yusuf bin Asbath,
murid Sufyan Ats Tsauri:
“Allahumma arrifni nafsii”.,
Ya Allah kenalkan aku dengan diriku…

Jiwa manusia banyak menyimpan rahsia. Misteri hati dan jiwa manusia sukar dikenali dengan baik kecuali dengan bantuan Allah SWT kepada kita. Kerana itu ulama terkenal yang ahli dalam masalah kejiwaan Sahal bin Abdillah mengatakan bahawa mengenali diri sendiri itu lebih sukar dan lebih halus daripada mengenali musuh. Ertinya, aib dan kekurangan yang terselubung dalam diri sangat sukar dikesan, dan harus dibuka oleh Allah agar seseorang dapat membersihkan diri dan jiwanya.

Jika seseorang telah berjaya mengenal dan mengetahui bagaimana keadaan jiwanya, maka dia dengan mudah mengawal dan mengawasi keinginan-keinginan buruknya. Inilah yang dikatakan ulama Mekah bernama Wuhaib bin Ward.
“Sesungguhnya di antar kebaikan jiwaku adalah pengetahuanku tentang keburukan jiwaku. Cukuplah seorang mukmin memelihara dirinya daripada keburukan bila dia mengetahui keburukan jiwanya kemudian dia meluruskannya”.

Sebagaimana juga perkataan Hasan al-Basri,
“Seorang hamba masih dalam keadaan baik selama dia menyedari dan mengetahui sesuatu yang merosakkan amal-amalnya”.
(Az Zuhud, Imam Ahmad)
—–
Astaghfirullah al-adzeem..
Rabbanagfir lana zunubana,
wa israfana fi amrina,
wa sabbit aqdamana,
wansurna ‘alal qaumil kafirin
(3:147)

Ada ketikanya tindakan kita berlebih-lebihan dlm sesuatu. Bukannya kita takde ilmu utk mengawal gelojak hati & tindakan kita. Kita tahu tapi sengaja tak mahu beramal secara ikhlas & ihsan. Barangkali byk bibit2 nifaq & fasiq dlm diri tanpa kita sedari. Astaghfirullah
“Allahumma arrifnii nafsii” (Ya Allah, kenalkan aku pada diriku)
Mari sucikan jiwa..

src : http://ahmadzubair.wordpress.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites