Akibat Tidak Dapat Perlindungan Allah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Inilah keadaan yg berlaku apabila seseoang itu meninggalkan petunjuk Allah SWT, maka jadilah dia mengikut hawa nafsunya. Kita minta perlindungan kepada Allah daripada semuanya itu..

Firman Allah dlm ayat 20 surah al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya ( wahyu yg memberi ) pengetahuan kepadamu ( tentang kebenaran ), maka tadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yg dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Kita hendaklah sedar bahawa penolong yg sebenarnya adalah Allah SWT. Adapun penolong atas dunia ini yg bersifat sementara sahaja.

Sesetengah daripada mereka itu berkata bijaksana ttapi tdk mndapat perlindungan daripada Allah. Maka barang siapa yg tidak mndapat perlindungan daripada Allah, maka susahlah dia hidup diatas dunia ini.

Walaupun kita melihat mereka itu hidup senang di dunia tetapi mereka akan menerima akibat di hari akhirat.

Dengan sebab itulah Allah Taala berfirman di dlm al-Quran yg bermaksud:
"Sesungguhnya org2 yg menegaskan keyakinannya dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yg betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yg tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yg telah dijanjikan kepada kamu."
(ayat 30 surah Fussilat )

Kalau sseorang itu istiqamah denagn ajaran Allah, maka dia tidak akan takut dan dukacita, dengan sebab itulah apabila seseorang sahabat minta dengan Rasulullah s.a.w. supaya mengajar perkara yg tidak pernah ditanya kepada org lain tentang islam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
"Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian istiqamah."

Ramai org boleh beriman kepada Allah tetapi kurang orang yg beristiqamah. Apa makna istiqamah? Maksudnya ialah mengikut jalan Nabi s.a.w. yg semasa solat ikut Nabi, rumah tangga ikut nabi seterusnya memerintah dan mentadbir ekonomi negara mengikut apa yg disuruh oleh Nabi.

Ramai dikalangan umat islam tidak istiqamah kerana mereka tidak tahu apakah Islam yg dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka melihat Islam ini sekadar mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji, habis setakat itu sahaja. Tetapi Nabi bersabda mereka hndaklah beristiqamah mengikut jalan yg betul.

Semasa ibadat dia mengikut jalan yg betul, rumah tangga mengikut jalan yg betul, negara, politik, ekonomi semuanya mengikut jalan yg ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. Orang yg beginilah malaikat akan berkata, kamu jangan takut dan berdukacita.

Tidak usah takut kepada mati dan dukacita meninggalkan anak isteri sekiranya kamu beristiqamah di atas dunia kerana mengikuat jalan Allah SWT. Denagn itu dengan ayat yg telah dikemukakan di atas, jelas Allah Ta'ala mengatakan kepada org yg mengikut hawa nafsu selepas Allah Taala memberi ilmu dengan mengetahui tentang kitab Allah, maka tidak ada penolong dan pelindung baginya.

Firman Allah SWT:
"Orang2 yg Kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), maka itulah org2 yg beriman kepadaNya; dan sesiapa yg mengingkarinya maka mereka itulah org2 yg rugi."
(Ayat 121 surah al_Baqarah)

src : http://www.back2islam-ridzuan.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT