Malaikat Maut Depan Mata


Di kisahkan............

Nabi Ibrahim a.s mempunyai sebuah rumah kecil uang khas digunakan untuk beribadat kepada Allah swt. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tida siapa yang boleh masuk dan merosakkan rumah peribadatannya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik measuki rumahnya itu, dia mendapati ada seorang lelaki di dalamnya.

"Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku ?" tanya Nabi Ibrahim.
"Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini," jawab lelaki itu, ringkas.

Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu.

"Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?"
"Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, "Ya...dan akulah malaikat maut !"

Lantas Nabi Ibrahim bertanya, "Kalau begitu, bolehkah kamu tunjuka padaku akan keadaan wajahmu apabila hendak mencabut nyawa orang lain?"

Berkata malaikat maut, " Berpalinglah kamu dariku buat seketika."

Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan di saluti bau yang harum semerbak.

Kata Nabi Ibrahim, "Wahai Malaikat maut, jikalau orang mukmin menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka itu pun sudah cukup bagi mereka."

Comments

Admin said…
Sangat Bermanfaat untuk sang penyamun yang tersesat sampai kat blog ini... begitu banyak hikmah sebagai penenang hati..

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT