Cara Mati Orang Beriman..


Ibnu Majah r.a dan beberapa Ahli Hadith lainnya meriwayatkan,bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Orang yang beriman (Mukmin) akan mati dengan keringat di dahi." Menurut Imam Tirmidzi, hadith ini tingkatnya hasan/baik.

Imam Tirmidzi dalam kitabnya Nawadir al-Ushul menyebutkan, dari Salman Al-Farisi r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) bila dahinya berkeringat.
2) air matanya berlinang.
3) hidungnya keluar hingus, maka hal tersebut penanda rahmat Allah untuk si mayat.

sebaliknya, bila..

1) mendengkur seperti dengkuran lembu yang disenbelih.
2) merah padam warnanya.
3) gerahamnya berbunyi gemertuk,

Maka itulah petanda datang azab dari Allah SWT. Para 'Abid (ahlul Ibadah) berkata bahawa kadang-kadang ada di antara orang Mukmin masih ada kesalahan, maka daripada saat-saat itu berkeringat di dahinya (jari). Sebahagian lagi yang berkata bahawa hal itu kerana rasa malunya kepada Allah SWT.

Ketika itu Allah mengampuni dan memaafkannya, maka dia tersipu-sipu dengan rasa malu itu, hingga ia berkeringat. Tidak peduli dia seorang waliullah, orang yang benar atau orang yang mendapat kemuliaan, tetap akan berasa malu di hadapan Allah azza wajalla, ketika kematian itu tiba dan dia melihat sendiri keburukan-keburukan yang ia telah lakukan dan kebaikan Allah kepadanya, yang kedua-duanya datang bersamaan (kebaikan Allah dan keburukan dirinya penterjemah).

Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, kadang kala keringat orang yang beriman itu, petanda masih ada sisa dosa yang ada padanya, kemudian dibersihkan pada waktu sampainya kematian, ertinya ia merasakan luar biasanya peristiwa itu untuk berpisah dengan dunia, sedang ia berkeinginan untuk segera menuju ke hadrat tuhannya yang maha mulia. Imam Qurtubi selanjutnya berkata:
"Telah kami kemukakan tentang tiga tanda-tanda tersebut, yang juga boleh terjadi bahawa tanda-tanda itu tampak satu atau dua sahaja. Saya pernah saksikan hanya satu saja dari tanda-tanda tersebut berupa keringat di dahi orang yang meninggal dunia."

wallahu'alam..

DIPETIK DARI BUKU SAKARATUL MAUT DAN ALAM KUBUR HAL 10-12

src : http://hawanim.blogspot.com/2009/01/cara-mati-orang-beriman.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT