4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

oleh : Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Mencari pasangan bukan sekadar mencari cinta tetapi mencari teman pengubat jiwa.

1. Semua org ada jodoh ataupun pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Tuhan dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh berserta tawakal, dgn izin Tuhan akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai org masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna supaya diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat dihati yang murni. Berusahalah mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Supaya mudah disayangi, cuci hati dengan menjaga ibadat, solat taubat, beristighfar, baca Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang yang disekeliling anda supaya mereka jugak menyayangi anda sekirangan anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan mesti sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru itu kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik.
9. Begi lelaki tarikan pertama adalah pakaiannya. Bagi perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa, cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarkanlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik patut disegerakan.
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan perkenalan. Orang lelaki sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang memulakan.
15. Berkomunikasi dengan semangat dengan menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa dan kurang sopan.
16. Berbual dengan pasangan. Tanya apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera supaya bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri supaya kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi orang orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang bence kapada kita.
20. Beri sayang untuk mendapatkan sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap orang lain boleh menyebabkan bakal pasangan benci ataupun tak tertarik kepada kita.

TO BE CONTINUED

src : http://sayayangayu.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites