FAHAM DAN ANCAM PENUBUHAN IFC (INTERFAITH COMMISSION)



PENUBUHAN INTERFAITH COMMISSION

1. Apakah Interfaith Commission (IFC)?

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) adalah
sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan
berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran
sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah
muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti
SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism,
Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan
Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada
Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan
Singh.

3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC?

Majlis Peguam terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat
menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya
seperti berikut:

Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada
MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IRC berjalan
dengan lancar.

Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema
'Kebebasan Beragama'.

Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan
Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan.
Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat
dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In
Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang
mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimanapun Sisters In Islam
kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC
diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah
melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli
jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.

Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005
kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini di anjurkan oleh
suatu badan yayasan Kristian yang beribupejabat di Negara Jerman, iaitu
Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

4. Apakah matlamat penubuhan IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan
merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang
bukan Islam.

5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara
terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah
diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan
tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak
sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh
mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan sesorang Muslim bahawa ia
beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin
berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar
daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam
tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan
memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang
daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan
untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di
semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah
dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan
juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?

Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IFC, suruhanjaya ini jika
ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:

i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal
agama Islam

IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan
Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Hak
perlembagaan bagi mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan
Persekutuan – Freedom of Religion (Kebebasan beragama) tidak berlanjutan
kepada mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut ajaran agama orang
lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan kepentingan sendiri.
Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama
sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan
agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan
agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam
Islam sendiri.

ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma
antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah

Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:

Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948,

Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis diskriminasi terhadap wanita
(disahkan oleh Malaysia pada 5 Julai 1995),

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak,

Deklarasi untuk menghapuskan semua bentuk ketidaktoleransi dan diskriminasi
berasaskan agama,

Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai kewarga negaraan, sukukaum,
agama dan bahasa minoriti,

Deklarasi Vienna dan pelan tindakan.

Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan oleh Malaysia kecuali
yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama mestilah mengikut
ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma antarabangsa tersebut tidak
membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi orang Islam, peraturan
untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam tetapi norma-norma antarabangsa
tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa sahaja ajaran Islam yang
bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah dihapuskan. Ini bermaksud,
Allah mesti tunduk kepada norma antarabangsa. Ini menjejaskan aqidah seorang
Muslim.

iii. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja

Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah bebas. Mereka bebas
melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran agama lain tetapi masih
boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama kebebasan beragama. Kebebasan
agama ini dijamin oleh norma antarabangsa di atas.

iv. Orang Islam bebas untuk murtad

Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia menyatakan 'setiap orang
mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan agama. Ini termasuk
kebebasan menukar agama... (Artikel 18)'. Ini bermaksud status sebagai
seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi ditentukan oleh manusia.
Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak berhak menghalang penganutnya
keluar daripada Islam kerana itu dibenarkan oleh norma antarabangsa.

v. IFC berhak menentukan status agama seseorang

Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.
Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang di antaranya adalah
orang bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata dalam hal ehwal
Agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak menolak permohonan
seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan
suatu percubaan untuk murtad. Jika permohonan ditolak ini menjejaskan
keharmonian dan kebebasan beragama. Perkara ini terkandung di dalam seksyen
19(3) deraf undang-undang IFC.

Tiada sebarang agama yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang
bukan penganutnya. Oleh yang demikian tidak pernah wujud badan seumpama IFC
di mana-mana sahaja dalam dunia ini.

7. Apakah sikap kita sebagai Muslim?

Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kerajaan awal tahun ini telah
mengumumkan penangguhan penubuhan IFC. Semua saluran perlu digunakan untuk
menghalang penubuhan IFC. Para pelopor IFC ini tidak akan berdiam diri
dengan penangguhan ini dan akan terus melobi semua pihak untuk menerima
cadangan mereka. Ini terbukti apabila mereka menyokong sepenuhnya
pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad dan menyediakan khidmat guaman
untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kes ini ke peringkat tertinggi.

Orang Islam perlu berwaspada dan jangan terpedaya dengan diayah bahawa
tindakan mereka ini hanya satu dialog antara agama.

KAMI HARGAI KEPUTUSAN KERAJAAN MENANGGUHKAN SEBARANG TINDAKAN DALAM HAL INI.
MALAH KAMI HARAP PENUBUHAN IFC DI TOLAK SAMA SEKALI. KAMI BERPENDAPAT
PENUBUHAN IFC INI BOLEH MENIMBULKAN KETEGANGAN ANTARA AGAMA DAN MENGGUGAT
KESELAMATAN NEGARA.

JIKA ANDA MENCINTAI ISLAM DAN BERHASRAT MEMELIHARA HAK-HAK MUSLIM, ANDA
SEPATUTNYA MENYEBARKAN RISALAH INI. ANDA JUGA DIMINTA MENYUARAKAN PROTES INI
KEPADA WAKIL RAKYAT ANDA.

ORANG ISLAM WAJIB SEDAR TENTANG ANCAMAN PENUBUHAN IFC.

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) merakamkan jutaan
terima kasih atas sokongan dan sumbangan dari YADIM dan ahli-ahli individu
yang prihatin.

Ahli-ahli ACCIN terdiri dari:

Al-Hidayah, Belia PERKIM, GEPIMA, Islamic Information and Services, Islamic
Outreach ABIM, JIM, MACMA, Persatuan Al-Hunafa, Persatuan Darul Fitrah
Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darus Syifa),
Persatuan Seruan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Jam’iyah),
Persatuan Ulamak Malaysia, RICOI, WAMY

Untuk maklumat lanjutan sila rujuk:

http://www.geocities.com/bantah_IFC/

atau e-mail:

jimhq@...
zaidun@...
jkdakwah@...

atau hubungi:

Secretariat ACCIN:
Alamat: c/o Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Lot 300.3, Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51200 Kuala Lumpur
Malaysia
Fax: (603) 4107-1754

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT