Cabaran perbetul imej Islam

TERGANGGU dengan kebangkitan sentimen antiIslam sejak serangan 9/11, Samina Ahmed memulakan misi men didik warga Amerika Syarikat mengenai Islam, sekali gus mengikis salah faham mereka.

“(Orang ramai) kerap kali mengajukan pertanyaan,” kata Samina kepada akhbar Springfield News-Sun baru-baru ini, sambil menambah: “Dan saya membuatkan mereka berasa cukup selesa, jadi mereka dapat mengajukan pertanyaan.”

Sejak 9/11, Samina, 35, mengadakan seminar dua kali setahun untuk memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai ajaran Islam.

Baru-baru ini, penceramah kelahiran Pakistan ini me ngadakan seminar berjudul Pelaksanaan Ajaran Islam di Clark County di sebuah perpustakaan awam.

Dia juga mengedarkan terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris secara percuma kepada hadirin.

Pada seminar lalu, Samina membincangkan pelbagai topik dalam ajaran Islam, termasuk ibadat puasa dan zakat yang menjadi kewajipan bagi umat Islam.

Samina, yang berhijrah bersama ibu bapanya ke Kanada pada usia lima tahun dan kemudian ke Amerika Syarikat pada usia 17 tahun, berkata warga Amerika kini lebih mudah faham mengenai Islam.

Mengikut satu kajian pada 2007 oleh Pew Research Center and the Pew Forum, majoriti warga Amerika mengetahui serba sedikit mengenai ajaran Islam.

Tinjauan juga menunjukkan sikap terhadap Muslim dan Islam semakin negatif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ada enam hingga tujuh juta Muslim di Amerika Syarikat, iaitu kurang daripada tiga peratus daripada sejumlah 300 juta penduduk di negara terbabit.

Samina berkata, misi yang dilakukannya ialah bertujuan mengikis imej buruk pada anggapan sesetengah pihak me ngenai ajaran Islam.

“Sejak 9/11, sebaik saja orang mendengar perkataan Muslim, mereka terus berfikir mengenai pengganas. Tetapi itu bu kanlah yang diwakili Islam sebenarnya,” katanya.

Tinjauan USA Today/Gallup mendapati 39 peratus warga Amerika bersikap prejudis terhadap Muslim. Sikap an tiMuslim meningkat mendadak dalam beberapa tahun ini.

Menurut laporan Federal Bureau of Investigations (FBI) baru-baru ini, jenayah kebencian Islam bertambah empat kali ganda daripada 28 insiden pada 2000 kepada 156 insiden pada 2006.

Samina berkata, media juga cenderung untuk menggam barkan Islam sebagai agama yang suka berperang dan agama untuk kaum atau warga negara tertentu saja.

Kajian dilakukan warga British baru-baru ini menuduh industri filem dan media mengakibatkan sikap prejudis serta fobia Islam dengan menggambarkan Muslim dan orang Arab kejam, berbahaya serta mengancam keselamatan orang ra mai.

src : http://www.hmetro.com.my/ (adDin)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT