Ulasan Buku: Solat tonggak dalam Islam

Tajuk: Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya (2)
Pengarang: Rohidzir Rais
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd (www.telagabiru.net.my)
Harga: RM19.90 (Semenanjung), RM21.90 (Sabah & Sa rawak)

SABDA Rasulullah s.a.w bermaksud: “Asas segala amalan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jihad.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunan Ibni Majah pada bab Iman: Mengenai Keutamaan Solat)

Demikian besarnya kepentingan solat dalam Islam sehingga Rasulullah s.a.w menggambarkan ia sebagai tonggak utama agama dan sesiapa yang mengerjakannya bererti dia mem perteguhkan agama.

Al-Mubarakfuri dalam bukunya Tuhfatul-Ahwazi yang menjelaskan mengenai solat sebagai tiang agama, menyatakan Islam tanpa tiangnya sudah tentu menjadikan agama terbabit tidak kuat dan mudah runtuh seperti rumah tidak bertiang.

Justeru, melaksanakan kewajipan solat fardu diibaratkan membina tiang untuk memperkukuhkan agama. Orang Islam yang mengabaikan tuntutan solat tidak mungkin dapat meningkatkan keimanannya untuk mematuhi arahan dan menjauhi larangan Allah.

Ini bererti, jika seseorang meninggalkan solat, samalah seperti dia menghancurkan agama yang dianutinya sendiri. Biar berpuluh kali menunaikan haji atau beratus tahun berpuasa, malah berbilion wang dibelanjakan untuk zakat dan sedekah, semua ini tidak akan memberi erti tanpa sebatang tiang seri bernama solat.

Fenomena segelintir masyarakat Islam Malaysia hari ini yang meremehkan kewajipan solat amat menggusarkan.

Mereka ibarat dijangkiti virus mengabaikan solat yang kian parah dan boleh merosakkan sistem kehidupan secara ke seluruhannya.

Bahana daripada sikap materialistik dan lalai akhirat ini melanda individu Muslim, institusi keluarga, masyarakat malah negara keseluruhannya.

Apa tidaknya, jika program e-solat yang sepatutnya di gunakan untuk memerangi virus 'kemungkaran.exe' dan 'kefasikan.exe' sudah tamat tempoh dan tidak diperbaharui, tentu saja pelbagai jenis virus akan menyerang dengan mudah.

Menyedari pentingnya solat sebagai asas pertahanan akidah dan pembentukan akhlak masyarakat, Telaga Biru Sdn Bhd mengambil inisiatif menerbitkan buku Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya…(2).

Buku terbabit ditulis lulusan Universiti al-Azhar, Rohidzir Rais yang berpengalaman dalam selok-belok agama dan menghasilkan lebih 30 buku dalam pelbagai bidang.

Ia berbentuk soal jawab, lengkap dengan perbahasan ter perinci, daripada perbahasan air, najis dan cara menyucinya, sehingga perbahasan mengenai azan, iqamah serta solat, sekali gus memberikan kelainan kepada pembaca.

Ketelitian kajian penulis terhadap subjek solat ini dapat dilihat apabila setiap rukun solat dibahaskan dengan ter perinci dalam bab berasingan yang memberikan ruang seluas-luasnya kepada pembaca untuk menghalusi setiap rukun.

Penulis berpendapat kegagalan masyarakat memahami ilmu fiqah mungkin berpunca daripada penyusunan subjek ter babit yang beku dan penggunaan istilah klasik yang sukar difahami.

Justeru, penulis berusaha 'mencairkan' dan 'meringankan' subjek yang sangat berat ini dengan penggunaan istilah baru serta mudah difahami.

Pembaca tidak akan menemui huraian terlalu ilmiah dalam buku itu seperti sebuah karya ilmiah doktor falsafah (PhD) atau terlalu bersikap teori seperti sesetengah buku teks sekolah menengah.

Satu kelainan dan kelebihan buku terbabit dibandingkan dengan buku soal jawab lain ialah kemampuan penulisnya mencetus fenomena realistik untuk setiap persoalan, yang membantu pembaca memahami permasalahan dikemukakan dengan berkesan.

Persoalan yang ditimbulkan juga berbentuk kontemporari dan kerap dihadapi sesiapa saja. Selain itu pujian harus diberikan kepada penulis kerana setiap jawapan yang di berikan padat dan berasas, berdasarkan rujukan kitab muk tabar, matan hadis yang berbaris penuh dan takhrij yang lengkap.

src : http://www.hmetro.com.my/ (adDin)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT