Pemakanan Anak-anak Tahfiz kami


Petikan dari : Tepak Sireh Mak Teh

Assalamualaikum! Pada suatu ketika dahulu ada seorang rakan blogger berkata beliau ingin tahu apa anak-anak tahfiz kami makan. Jadi hari ini saya nak beritahulah.

Sarapan pagi mereka diberi hidangan roti dan telur western style setiap hari ( supaya mereka cergas tidak mengantuk ) Kemudian mereka diberi makan 7-10 biji kismis seorang (untuk tajam minda) dan juga minyak ikan plus ( vitamins B complex n iron for girls )untuk kesihatan badan melawan penyakit.

Makan waktu rehat jam 10.30 mereka diberi makanan yang mengeyangkan (carbohydrates) seperti, mee, bihun, nasi lemak, nasi goreng, bubur nasi, roti arab, koay teow, roti jala atau sphgetti. Pada masakan tersebut dimasukkan daging ayam, sotong or udang dan sayuran. Ini adalah untuk tenaga dan mereka tidak berasa lapar hingga kelas tamat pada jam 2.00 petang.

Makan tengah hari, mereka di sajikan nasi dengan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging dan sayuran serta buah-buahan. Mereka makan jam 2.30 petang.

Minum teh petang pada jam 5.30, mereka disajikan teh/ teh susu bersama sebiji/sepotong kek or biskut or kueh-kueh melayu.

Makan malam mereka pada jam 6.30 petang, mereka di beri nasi dan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging seta banyak sayuran dan ulaman.

Pada malam hari mereka buat sendiri supper iaitu pada jam 10.30 malam. Air panas disediakan dan mereka ada bahan minuman seperti milo, susu dan biskut sendiri. Sebelum tidur mereka juga minum nisan lebah. (Ibu-bapa sediakan)

Kami cuba sediakan makanan berkhasiat yang seimbang serta qualiti dari segi pemakanan. Kami sentiasa pilih bahan segar, tidak gunakan bahan pengawit, perasa seperti ajinomoto, dan bahan pewarna. Yang kami pentingkan sekali sumber adalah dari barangan yang tidak syak kehalalannya.

Alhamdulillah anak-anak ini sihat dan ceria serta tidak pernah kurang makanan. Dari mas kemasa ada orang mendermakan makanan atau menjemput mereka makan kenduri.

Makanan yang orang hantar dari sisa lebihan jualan kami tidak benarkan. Makanan segera, minuman berkarbonat, asam-asam, setengah bahan organ dalaman, otak ikan, nasi semalam (nasi goreng pun kami masak yang baru ) tidak di galakkan. Dalam makanan yang saya sebut ini ada bahan ejen yang melembapkan minda.

Percaya atau tidak, dari pengalaman kami dapati anak-anak tahfiz ini makan banyak kerana mereka sentiasa lapar sebab mereka menggunakan banyak tenaga menghafal. Tambahan pula anak-anak kami ini melakukan banyak aktiviti riadah. Selalunya selepas pulang dari berenang mereka akan makan hampir 2 kali ganda.

src : http://tepaksirehmakteh.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT