Posts

Showing posts from July, 2010

Etika Diet rasulullah SAW

Image
Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW. Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah: * Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging. * Rasulullah tidak makan daging bersama ikan. * Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan. * Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam. * Rasulullah tidak makan ikan bersama telur. * Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad. * Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka. * Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultu...

Hadis Palsu Rejab, Syaaban

Image
Dr.Mohd Asri Zainul Abidin* Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama. Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis. Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangk...

DUNIA YANG MENIPU

Image
Manusia sanggup lakukan apa sahaja demi merebut dunia.Berapa ramai yang sanggup membunuh, berapa ramai yang menjadi mangsa rompakan dan berapa ramai yang sanggup menzalimi orang lain semata-mata mendapatkan nikmat dunia yang membutakan mata kita ini? Untuk apa memburu dunia? Walhal dunia hanyalah sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.Keindahan dunia acapkali menyilaukan pandangan mata manusia.Usah sesekali terpana dan terpesona dengan kenikmatan dunia yang hakikatnya hanyalah fatamorgana semata.Pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati yang disuluh iman jualah yang hakiki. Dunia hanyalah satu pentas permainan dan hiburan.Benarkah? Andai diperhalusi, ia memang benar dan itulah jua yang disebut oleh Allah di dalam firmanNya : Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermeg...

We will not go down - Michael Heart

Israk, Mikraj anugerah untuk semua umat manusia

Image
Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi Rasulullah lalui peristiwa luar biasa, terima pensyariahan ibadat solat secara langsung MAJLIS memperingati Israk dan Mikraj yang menjadi catatan penting sejarah perkembangan Islam di negara ini disambut dengan menganjurkan ceramah supaya umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa itu. Israk dan Mikraj dilalui Rasulullah bukan peristiwa biasa atau hanya sekadar perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta. Perjalanan itu mempunyai makna dan hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah secara peribadi serta umat Islam keseluruhan. Israk dan Mikraj dilalui Rasulullah bukan peristiwa biasa atau hanya sekadar perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta. Perjalanan itu mempunyai makna dan hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah secara peribadi serta umat Islam keseluruhan. Israk dan Mikraj petanda bahawa risalah Islam disampaikan Rasulullah bukan untuk bangsa Arab saja tetapi seluruh alam maya yang terdiri daripada uma...

Try not to cry by Samy Yusuf ft Outlandish

You, you’re not aware That we’re aware Of your despair Don’t show your tears To your oppressor Don’t show your tears Chorus: Try not to cry little one You’re not alone I’ll stand by you Try not to cry little one My heart is your stone I’ll throw with you Isam: ‘ayn jalut where david slew goliath This very same place that we be at Passing through the sands of times This land’s been the victim of countless crimes From crusaders and mongols To the present aggression Then the franks, now even a crueller oppression If these walls could speak, Imagine what would they say For me in this path that i walk on There's only one way Bullets may kill, bones may break Still i throw stones like david before me and i say Chorus You, you’re not aware That we’re aware Of your despair Your nightmares will end This i promise, i promise Chorus Lenny: No llores, no pierdas la fe La sed la calma el que haze Agua de la arena Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras Haz hecho mares de este polvo D...

Trauma Gaza

Image
Dia bangun dari tidurnya secara tiba-tiba dan menjeerit "Jangan bunuh saya.. Saya tak buat apa-apa".. Mendengarkan itu, semua ahli keluarganya pergi mendapatkan kanak-kanak itu yang telah terbaring atas tanah. Dengan tangkas ibunya mendapatkan anaknya, dan memujuknya, tetapi kalimat itu "Jangan bunuh saya.. Saya tak buat apa-apa" sentiasa berulang-ulang. Ini bukan malam pertama mereka mengalami peristiwa sebegini dari kanak-kanak berumur 5tahun itu, tetapi sudah kerap kali. Bermula Israel memerang Jalur Gaza yang merampas nyawa kanak-kanak, mimpi baik kanak-kanak ini di malam hari juga telah dirampas. Hasan mula bercerita setelah diyakinkan oleh bapanya "Saya melihat orang yahudi memegang senjata yang besar, dan mereka samua hendak membunuh saya, dan ada api yang besar, tapi saya tak tahu dimana". Mimpi kanak-kanak ini telah memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan mereka, seperti kata ayahnya yang berumur 30 tahun, bahawa mereka tidak main seper...

Tentera AS Ramai Mati Bunuh Diri Dari Berperang -Time

Image
APRIL 16: Laporan media AS menbongkar jumlah tentara AS yang bunuh diri lebih banyak dari jumlah tentara AS yang terkorban dalam pertempuran di Irak dan Afghanistan. Time menyebutkan, 817 tentara yang bunuh diri, sedang yang terkorban dalam pertempuran hanya 761 orang, menurut statistik rasmi tentera. Time menambahkan, hal ini menunjukkan kegagalan militer AS dalam menghadapi isu bunuh diri, meskipun AS telah menghabiskan jutaan dolar untuk mengubati perilaku menyimpang ini. "Kami melatih tentara gunakan kekerasan yang tersusun, untuk mematikan dan melakukan aksi kekerasan terhadap reaksi emosional... serta untuk mengatasi rasa kesakitan fizikal mental dan mengatasi rasa takut cedera bahkan mati.. Namun semua ini tidak mampu menekan meningkatnya kelajuan ingin bunuh diri oleh tentara..." Kata pakar pelatih tentera tersebut. Akhirnya sebuah kajian baru-baru ini menyimpulkan bahawa banyaknya penempatan pasukan AS di berbagai tempat, mengarah kepada meningkatnya jumlah yang bunu...

Kisah Pemuda Malas Solat

Image
Islam itu mudah apabila , pertama,menjalankan syari’at Islam boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah. Bagaimana? Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat. Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkal...

Mishary bin Rasheed Alafasy La Ilaha il Allah

Dialog paderi kristian dengan seorang pelajar muslim

Image
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadiri...

Kisah Solat Berjemaah Bersama Keluarga

Image
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini ... sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. ad...