Trauma Gaza
Dia bangun dari tidurnya secara tiba-tiba dan menjeerit "Jangan bunuh saya.. Saya tak buat apa-apa".. Mendengarkan itu, semua ahli keluarganya pergi mendapatkan kanak-kanak itu yang telah terbaring atas tanah. Dengan tangkas ibunya mendapatkan anaknya, dan memujuknya, tetapi kalimat itu "Jangan bunuh saya.. Saya tak buat apa-apa" sentiasa berulang-ulang.
Ini bukan malam pertama mereka mengalami peristiwa sebegini dari kanak-kanak berumur 5tahun itu, tetapi sudah kerap kali. Bermula Israel memerang Jalur Gaza yang merampas nyawa kanak-kanak, mimpi baik kanak-kanak ini di malam hari juga telah dirampas.
Hasan mula bercerita setelah diyakinkan oleh bapanya "Saya melihat orang yahudi memegang senjata yang besar, dan mereka samua hendak membunuh saya, dan ada api yang besar, tapi saya tak tahu dimana".
Mimpi kanak-kanak ini telah memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan mereka, seperti kata ayahnya yang berumur 30 tahun, bahawa mereka tidak main seperti biasa sepertimana sebelum berlakunya perang. Mereka lebih banyak duduk dan termenung memikirkan apa yang telah terjadi. Mereka juga tidak gembira seperti selalu apabila melihat makanan yang telah terhidang. Mereka kelihatan sedih dan saya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan keceriaan mereka.
Kebuntuan jelas terpancar di wajah ibu mereka, yang berumur 24 tahun, dimana dia mencuba untuk mengubah keadaan anaknya dengan membawa anaknya itu bermain di rumah saudara mereka dan membelikan mainan baru. Namun usaha itu juga gagal apabila mereka melihat gambar yang tersiar di kaca televisyen tentang kematian saudara-saudara mereka.
Bukan lah Hasan seorang sahaja yang mengalami mimpi buruk ini bahkan sepupunya juga, Yahya, 5tahun, telah mengalami keadaan yang sama, cume mimpi yang dialami oleh Yahya tidak sebegitu teruk berbanding Hasan. Namun begitu, ianya bukanlah mimpi terbaik di antara yang terbaik.
Untuk menghilangkan rasa takut untuk tidur malam, kanak-kanak ini telah meminta ibu-ibu mereka untuk tidur bersama-sama mereka sepanjang malam, dan ibu-ibu mereka seringkali mendengar bunyi dari anak-anak mereka menjerit 'bom', dan menyebut beberapa orang kanak-kanak lain untuk lari menyelamatkan diri.
Ahmad Khalili, 40, saya tidak pernah merasakan tidur yang nyenyak walaupun perang sudah berakhir.
Doktor Eyyad Sarraj mengatakan ramai anak-anak yang akan menderita dan hendaklah bersama mereka dalam satu tempoh masa yang lama, dan kebanyakan anak-anak ini tidak akan melupakan perang yang berlaku di Gaza. 36% anak-anak lelaki dan 17% dari anak-anak perempuan meminta untuk membunuh diri akibat pnderitaan yang mereka saksikan.
src : http://satuumat.blogspot.com/2009/02/trauma-gaza.html
Comments