Musykil: Apakah Itu Loh Mahfuz?

Assalamu'alaikum para sahabatku,

Aku jelaskan sedikit yang tersimpul.

Pada sebuah kitab/riwayat yang lain, “Ka’bul Akhbar”, bahawasanya Allah s.w.t yang pertama diciptakan adalah nyawa dan Roh . Kemudian para malaikat menjaga ‘Arasy.

Riwayat Sabid bin Jabir yang mashur berkata :
“Adalah bahawasanya Allah s.w.t menciptakan yang pertama itu Kalam dan Lauh serta tinta”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“AWWALUL KHALQILLAHI TA ‘AALALQALAM”
Ertinya: Pertama dijadikan oleh Allah s.w.t adalah Kalam.

Maka riwayat lain pula, yang pertama itu adalah Kalam dan Lauh. Maka tersuratlah setiap barang sekaliannya yang akan dijadikanNya (yg. Sesuatu akan diciptakanNya dan sebagainya) sehingga hari kiamat. Kemudian Allah s.w.t menciptakan “DARATUL BAIDLO” mutiara putih. Lalu daripada mutiara putih itu diciptakan air dan diletakkan ‘Arasy di atas air. Kemudian diciptakan pula Kursi,Hawa, nyawa dan roh.

Pada kejadian Lauh Mahfuz, allah s.w.t menciptakan daripada mutiara putih dan kedua tepinya daripada Ya’kut merah warnanya bersinar dan kepalanya daripada Manikam. Jarak/besarnya di antara dengannya itu bagaikan langit dan bumi dan panjangnya antara Masyrik dan Maghrib/kutub utara dan kutub selatan. Tersuratlah segala nasib amal-amal manusia, untung baik dan untung jahatnya, amal baik dan amal buruknya dan sebagainya. Allahu a’lam bissawaab. Lauh Mahfuz itu dapat dilihat oleh Malaikat ‘Izrail hanya bahagian sebelahnya sahaja dan sebahagian lagi hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Nota:
Sahabatku sekalian pembukaan rahsia ini yang menyingkap hakikat asal usul kejadian memerlukan benar-benar pemahaman dan pengkajian ‘ilmiah mengenai bab yang berkaitan. Oleh yang demikian itu sekiranya terdapat kekeliruan, diminta merujuk pada yang arif atau ulama’ muktabar atau guru yang mursyid atau juga seseorang yang tinggal di dalam tasawuf hakikat. Jika tidak, akan mengalami persoalan. Jangan ambil kenyataan ini sebagai bahan atau garis panduan menghujah atau penerimaan bulat-bulat tetapi sebaliknya baca, fikir, kaji, rujuk dan buat kesimpulan. Aku juga bukanlah dikalangan orang-orang yang pandai dan masih tidak mengetahuinya kecuali amat sedikit.

Lahaulawala quwwatailla billahil 'aliyyi 'azim

src : http://www.bicaramuslim.com

Comments

King of Science said…
thanks postingnya..
Sgt bermanfaat
King of Science said…
thanks postingnya..
Sgt bermanfaat
op tech said…
http://technoop.com/lohmahfuz

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT