Posts

Showing posts from March, 2009

Hukum Sambut Hari Lahir

Image
Soalan : Assalamualaikum…. Saya ingin bertanya apakah hukumnya menyambut hari lahir secara besar-besaran dengan meniup lilin dan memotong kek disertai dengan lagu selamat hari lahir. Adakah ia bercanggah dengan cara Islam atau tidak? Jawapan Part I : Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja. Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online): Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja. Lazimnya kit

Musyahadah

Image
Assalamualaikum… Alhamdulillah dengan izin Allah dapat saya kembali mengisi ruangan ini. Saban hari kita menyebut Allahu Akbar (Allah Maha Besar) pada setiap kali kita mendirikan solat. Malangnya kebesaran Allah masih belum meresap dan menyelera di dalam jiwa sanubari kita. Intipati atau ciri-ciri keimanan ialah merasakan kebesaran dan keagungan Allah di dalam diri setiap masa dan ketika dalam semua keadaan. Pendek kata tebal atau nipisnya iman seseorang bergantung kepada bagaimana dia merasakan kebesaran Allah di dalam hatinya. Keyakinan dan keimanan terhadap Allah menjadi pendorong untuk melakukan ibadat sebagai pengabdian diri kepada-Nya. Allah menjadikan, memiliki dan memerintah sekalian alam ini. Malahan diri kita juga adalah kepunyaanNya. Oleh itu semestinyalah kita mengabdikan diri kepadaNya serta sentiasa meminta pertolongan daripadaNya. Allah berada di mana saja kita berada. KekuasaanNya sangat hampir dengan diri kita malahan ia lebih hampir dengan urat nyawa kita. Terlalu ham

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Image
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH . Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 2. ' BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH . Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi) 3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 5.

Hafalan Solat Delisa

Image
Author : Tere-Liye Publisher: PTS Litera Utama Sdn Bhd (2009) Subhanallah!! Sungguh, buku ini membuatkan saya terfikir. Apakah tujuan solat sebenarnya? Mengapakah Tuhan jadikan adanya solat? Dan paling penting, apakah tujuan sebenar kita bersolat? Adakah benar mencari redha Tuhan? Atau mungkin ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain? Atau mungkin, kita solat, hanya kerana ia diwajibkan, tanpa menghayati erti sebenar solat? Delisa yang berumur 6 tahun, dijanjikan hadiah seutas rantai oleh Umi jika dia lulus ujian solat. Delisa sungguh-sungguh menghafal bacaan dalam solat, walaupun selalu tersalah bacaan rukuk dan sujud. Dibantu Kak Fatimah, Kak Aisyah dan Kak Zahra, serta Umi. Kebahagiaan Delisa bersama keluarga yang saling sayang menyayangi hilang begitu saja apabila Tuhan berkeputusan untuk menguji iman hamba2Nya. Ketika Delisa sedang menghadapi ujian solat dihadapan Cikgu Nur, air tsunami tiba2 datang dan menghanyutkan segala2nya. Delisa juga turut dibawa arus deras sehingga k

Di mana ada kemahuan

Image
Assalamualaikum WBT Rumah buruk seperti gambar di atas ini masih berupa pemandangan biasa di Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak dan malah juga kedapatan di Selangor! Saya tidak terkejut. Kekentalan si ibu dan si anak adalah luar biasa. Sewaktu membaca blog ini, saya menangis teresak-esak teringatkan ibu saya membesar lapan orang anak. Kami bukan miskin dan bukan juga kaya. Rumah ada elektrik, ada air tetapi ibu tiada memiliki pembantu. Anak masih lagi belum pandai berjalan lancar, anak berikut lahir. Kami 8 beradik. Memasak masih menggunakan kayu dan arang. Menghidupkan api satu bebanan. Sepuluh minit api masih belum berputik apalagi kalau musim tengkujuh. Dia tetap meniup dan meniup! Saban hari ibu membasuh bertimbun baju menggunakan tangan dan kami hanya tahu membuat kotor. Dan ibu masih ada masa untuk mengambil upah menjahit baju. Dia pakar dalam menjahit sulaman. Bagaimana ibu handle itu semua? Maha Suci Tuhan. Ibu lakukan itu penuh sabar dan kental. Semua anaknya berj

Tazkirah Remaja: Hidupkan kembali roh jihad

Image
KITA masih lagi dalam kemeriahan menyambut maulid Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang ingat tarikh lahir nabi dan ada yang kabur. Apapun yang popular orang ingat Tahun Gajah tahun dilahirkan nabi yang agung itu. Tahun Gajah adalah sempena seorang panglima yang bernama Abrahah yang bertekad untuk memusnahkan Kaabah. Dengan mengumpul beratus gajah daripada Afrika akhirnya dia bergerak ke Makkah. Dipendekkan cerita tibalah di sebuah kampung sebelum tiba di Makkah, Abrahah merampas dua ratus ekor unta milik Abdul Muttalib yang menjaga Kaabah. Bila sahaja Abdul Muttalib mengetahui untanya dirampas beliau bergegas menemui Abrahah. Selepas dipersilakan duduk, Abrahah bertanya: "Apa hajat datang? Jawab Abdul Muttalib: "Aku datang hendak mengambil untaku." Terkejut Abrahah seraya berkata: "Hairan aku, kenapa kamu lebih sayangkan untamu daripada Kaabah. Sepatutnya kamu minta aku supaya tidak serang Kaabah." Abdul Muttalib menjawab dengan satu jawapan yang masyhur, katanya: &qu

Rahsia diwajibkan solat

Image
SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31) Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran. Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana bia

Taubat membersihkan dosa, tenangkan jiwa

Image
SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi. Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa. "Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20) Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah: # Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan. # Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan. # Berazam tidak akan mengulanginya lagi. # Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi. # Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa. Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebih

Menjalin Persahabatan Cara Rasulullah SAW

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan. Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-Baihaqi). Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan

Kasih terhadap Baginda

Image
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan. Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda. Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul. Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh. Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini. Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (ha

Cara Cepat Meraih Keimanan

Image
"Kami mudahkan Al-Qur’an untuk diingat. Adakah yang mengambil perhatian?" (Surat Al-Qamar: 17) PERTANYAAN 1 Bagaimana memahami keberadaan Allah? Tumbuhan, binatang, lautan, gunung-gunung, dan manusia disekitar kita, dan semua jasad renik yang tidak kasat mata – hidup ataupun mati, merupakan bukti nyata adanya Kebijakan Agung yang menciptakannya. Demikian pula dengan kesetimbangan, keteraturan dan penciptaan sempurna yang nampak di seluruh jagat. Semuanya membuktikan keberadaan Pemilik pengetahuan agung, yang menciptakannya dengan sempurna. Pemilik kebijakan dan pengetahuan agung ini adalah Allah. Sistem-sistem sempurna yang diciptakanNya serta sifat-sifat yang mengagumkan pada setiap mahluk, hidup maupun mati, menimbulkan kesadaran akan keberadaan Allah. Kesempurnaan ini tertulis dalam Al-Qur’an: Dia menciptakan tujuh langit yang berlapis-lapis. Tak akan ditemui sedikit cacatpun dari ciptaanNya. Perhatikan berkali-kali - apakah engkau melihat kekurangan padanya? Lalu, perhat

ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM

Image
Assalammualaikum.... Pengamalan adat nikah gantung adalah orang yang bertanggungjawab mengharamkan yang halal. Mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam bila mana ijabkabul dilafaskan dan disahkan, maka jadilah lelaki dan perempuan itu sebagai suami isteri yang sah, maka halallah bagi mereka apa yang diharamkan sebelum ini seperti persetubuhan dan sebagainya dan masing-masing mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan seperti nafkah dan sebagainya termasuk nafkah batin. Ketahuilah bahawa mengharamkan yang halal sama dengan syirik. Dalam soal upacara bersanding, telah sepakat ulama mutaakhirin bahawa hukum bersanding itu adalah “HARAM”. Walau bagaimanapun para ulama berbeza-beza di dalam mengutarakan sebab atau mengapa bersanding itu haram. Ada ulama mengatakan sebab bersanding itu haram kerana pekerjaan tersebut adalah merupakan satu pekerjaan bidaah (satu perkara yang diada-adakan) iaitu pekerjaan yang tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah saw mahup

PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT

Image
Assalammualaikum….. Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama. Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan. Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan kedunia

KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Image
Assalammualaikum.... Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya. Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir m

Solat Adalah Alat Menemui Allah

Image
HIDUP dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, kita hendaklah sentiasa bersantun diantara satu sama lain agar segala sengketa tidak memihak kepada kita supaya hidup kita sentiasa beroleh keamanan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kita telah mengetahui bersama, bahawa segala tindak tanduk dan tutur kata Rasulullah s.a.w. terdapat suatu teladan yang baik bagi kita selaku umatnya ikuti. Justeru teladan apa pula yang perlu diambil dari peristiwa israk dan mikraj, mari kita bersama berjalan (israk) menjadikan diri kita manusia agar lebih baik daripada sebelumnya. Marilah kita menjadikan solat dan ibadat kita sebagai mikraj, kerana dengan solatlah seseorang manusia itu dapat sampai kepada Tuhannya, yang sudah barang tentu dalam solat itu hatinya sentiasa dipenuhi dengan mengingati Allah (zikrullah). Peristiwa mikraj yang setiap tahun disambut oleh umat Islam seluruh dunia adalah suatu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. dalam peribadatan puncaknya dapat merasakan betapa

Israel Sudah Hilang Kredibiliti. Bagaimana?

Image
Richard Falks, seorang pengkritik politik Israel dan wartawan khusus PBB, mengatakan bahawa Israel sudah kalah dalam perang, dan hancurnya kredibiliti. Apa maksudnya? Jawapannya ada dalam demonstrasi yang bertebaran semenjak serangan Israel ke atas Gaza bermula di seluruh dunia. Bagi semua orang,tindakan agresif berdarah Israel atas Jalur Gaza telah menghancurkan semua kehormatan bangsa Yahudi dan nama baiknya (jika masih ada). Sebahagian besar aksi demonstrasi sentiasa ada yang membawa banner besar yang berisi kata-kata yang membandingkan Israel dengan Nazi Jerman. Pembantaian warga Gaza hanya menambahkan wajah kejahatan bagi Israel yang telah menorehkan sejarah kematian di Deir Yassin, Lebanon, dan wilayah Arab lainnya. Ari Avnery, seorang Israel yang terus-menerus mengkritik pemerintahannya, dia telah menulis, “apa yang akan diingati oleh dunia akan peristiwa ini adalah wajah “monster” Israel yang haus darah. Ini niscaya akan memberikan akibat jangka masa panjang bagi orang-orang Ya