Hafalan Solat Delisa


  • Author : Tere-Liye
  • Publisher: PTS Litera Utama Sdn Bhd (2009)
Subhanallah!! Sungguh, buku ini membuatkan saya terfikir. Apakah tujuan solat sebenarnya? Mengapakah Tuhan jadikan adanya solat? Dan paling penting, apakah tujuan sebenar kita bersolat? Adakah benar mencari redha Tuhan? Atau mungkin ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain? Atau mungkin, kita solat, hanya kerana ia diwajibkan, tanpa menghayati erti sebenar solat?

Delisa yang berumur 6 tahun, dijanjikan hadiah seutas rantai oleh Umi jika dia lulus ujian solat. Delisa sungguh-sungguh menghafal bacaan dalam solat, walaupun selalu tersalah bacaan rukuk dan sujud. Dibantu Kak Fatimah, Kak Aisyah dan Kak Zahra, serta Umi.

Kebahagiaan Delisa bersama keluarga yang saling sayang menyayangi hilang begitu saja apabila Tuhan berkeputusan untuk menguji iman hamba2Nya. Ketika Delisa sedang menghadapi ujian solat dihadapan Cikgu Nur, air tsunami tiba2 datang dan menghanyutkan segala2nya. Delisa juga turut dibawa arus deras sehingga kaki kanannya dihempas air ke pagar sekolah.


Selepas seminggu kejadian tsunami itu, Delisa ditemui tersangkut kaki kanannya di belukar. Keajaiban Tuhan mengatasi segalanya, kanak-kanak berambut perang dan bermata hijau itu masih lagi hidup, dalam keadaan comot, hanya bergantung dengan air hujan dan buah epal yang entah dari mana datangnya.

Delisa, yang hilang kaki kanan, dan hilang keluarga kecuali abi, tetap cuba menghafal kembali bacaan solatnya, walaupun sungguh rumit, tanpa bantuan kakak2 dan umi nya. Dan kali ini, dia cukup ikhlas menghafal, bukan kerana mahukan rantai, atau basikal, atau coklat, tetapi semata-mata mahu solat, mahu khusyuk menghadap Yang Maha Zat.

Saya berendam air mata bila membaca buku ini, sungguh memberi inspirasi. Supaya kita tabah menghadapi dugaan yang datang, kerana, Tuhan telah berjanji, setiap sesuatu kesusahan, pasti datang kesenangan. Kesusahan adalah sebagai persediaan, untuk menyambut kesenangan dengan rasa syukur, tanpa mengingkari Pemberi kesenangan itu.


Redha dengan apa sahaja yang diberinya, tidak perlu marah, tidak perlu sakit hati, tidak perlu berdendam, tidak perlu memaki hamun, kerana yang Pemberi kesusahan itu adalah DIA, dan yang Pemberi kesenangan juga DIA. Jadi apa masalahnya yang kita selau rungutkan tu??


Kita jadi marah dan tak dapat mengawal perasaan, kerana tidak yakin pada kuasaNYA. Sungguh berdosanya kita, kerana tidak yakin pada PENCIPTA manusia, PENCIPTA kita! Bagaimana kita boleh tidak yakin dengan yang maha PENCIPTA itu??


Sesungguhnya, apa yang ada dalam kitab suci itu adalah kata2NYA, janji2NYA, yang maha BENAR, kerana DIA maha mengotakan janji.


src : http://nayscha.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah