Hukum Sambut Hari Lahir


Soalan :

Assalamualaikum….

Saya ingin bertanya apakah hukumnya menyambut hari lahir secara besar-besaran dengan meniup lilin dan memotong kek disertai dengan lagu selamat hari lahir. Adakah ia bercanggah dengan cara Islam atau tidak?
Jawapan Part I :

Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja.

Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online):

Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja.
Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a’alam
P/S: Birthday dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq (Mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla. Buku Maulid yg pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dgn jodol atTanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir. Maulid (Birthday) ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi menyambut upacara ini (Prof Syurbasyi, yas-aluunak)

Jawapan Part 2 :

Secebis pendapat…

Hari jadi ni mmg dah sebati dlm banyak bangsa. Org Islam pun ramai yang meraikannya. Apabila kita meraikan sesuatu, lazimnya kerana kemenangan, kejayaan tertentu yang begitu bernilai.

Tetapi berbeza dgn hari jadi. Hari jadi bukan diraikan untuk meraikan kemenangan. Tidak ada apa-apa kemenangan. Terlalu ramai orang yang dengan mudah dapat hidup dari tahun ke tahun. Walaupun dia adalah penagih dadah, ‘kejayaan’ hari jadi tetap boleh dikecapi dengan mudah.

Birthday Nabi SAW disambut kerana hidupnya sangat bermakna, dan tidak semua orang boleh melakukan sebagaimana akhlak Rasulullah SAW.

Adakah akhlak kita setanding Rasulullah SAW sehinggakan hari jadi kita patut disambut? Adakah nyawa kita sentiasa diancam oleh orang ramai pada sepanjang masa kerana kita menegakkan agama Islam?

Setiap benda, mestilah kena rujuk dulu dari segi Islam. Letakkan Islam di tempat paling tinggi.

Lazimnya, hari jadi diraikan dalam suasana yang riang gembira atau fun, iaitu lebih kepada hiburan.

Lazimnya, apabila ulang tahun hari jadi setahun, sebatang lilin dicacakkan di atas kek. Apabila ulang tahun ke-40, 40 batang lilin dicacakkan. Apa yang kita lihat, seolah-olah suatu kejayaan apabila kita mencacakkan lilin. Lebih banyak lilin, kelihatan lebih berjaya.

Sebenarnya ini ‘kejayaan’ yang tidak ada maknanya apa-apa kerana peningkatan umur bukanlah sesuatu yang sukar dicapai.

Ketika menyambut hari jadi, apabila kita meletakkan harapan supaya orang yang menyambut hari jadi itu sihat, berjaya dan seumpamanya, kenapa tidak kita meletakkan harapan tersebut pada sepanjang masa?

Apabila kita mendakwa kita juga mengharapkan orang yang menyambut hari jadi itu berjaya dan seumpamanya pada hari selain hari jadi, kenapa kita sambut hari jadi?.. dan hari jadi menjadi sesuatu yang tiada maknanya.

Namun begitu, tidaklah sia-sia jika pada ulang tahun hari jadi tersebut kita meraikan dengan cara membuat kenduri kesyukuran sebagai tanda kita bersyukur (niatnya) kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan.

src : http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=77403

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah