Di mana ada kemahuan


Assalamualaikum WBT

Rumah buruk seperti gambar di atas ini masih berupa pemandangan biasa di Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang, Sabah, Sarawak dan malah juga kedapatan di Selangor! Saya tidak terkejut.

Kekentalan si ibu dan si anak adalah luar biasa. Sewaktu membaca blog ini, saya menangis teresak-esak teringatkan ibu saya membesar lapan orang anak. Kami bukan miskin dan bukan juga kaya. Rumah ada elektrik, ada air tetapi ibu tiada memiliki pembantu. Anak masih lagi belum pandai berjalan lancar, anak berikut lahir. Kami 8 beradik.

Memasak masih menggunakan kayu dan arang. Menghidupkan api satu bebanan. Sepuluh minit api masih belum berputik apalagi kalau musim tengkujuh. Dia tetap meniup dan meniup!

Saban hari ibu membasuh bertimbun baju menggunakan tangan dan kami hanya tahu membuat kotor. Dan ibu masih ada masa untuk mengambil upah menjahit baju. Dia pakar dalam menjahit sulaman.

Bagaimana ibu handle itu semua? Maha Suci Tuhan.

Ibu lakukan itu penuh sabar dan kental. Semua anaknya berjaya dalam hidup. Semoga Allah ampunkan kesalahan kedua ibu bapa saya. Kesihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani saya semenjak dari dalam kandungan ibu lagi. Himpunlah mereka bersama para solihin dan solehah. Jadikanlah kubur mereka sebagai taman-taman dalam syurga. AMIIN, AMIIN, AMIIN.

Nik Nur Mardhiah anak luar biasa yang membuktikan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kejayaan Nik Nur Mardhiah ini dicapai tanpa beliau mendapat wang saku sekupang dua sehari, tanpa ke sekolah dihantar dengan kereta atau motorsikal, dan pulang tanpa dijemput dan petang tanpa mendapat bantuan tuisyen. Sendirian dia membaca sehingga diminta berhenti oleh ibunya kerana masa Maghrib sudah tiba sedangkan dia masih ingin terus membaca. Kadang-kadang di rumahnya ada makanan dan kadang-kadang TIADA!

Ibunya tidak mengganggu dia. Ibunya tidak meminta dia berhenti sekolah untuk membantu keluarga. Ibunya menanggung penderitaan sendirian. Permintaan anaknya untuk mendapatkan buku tambahan kadangkala dilayan dan kadangkala ditolak.

Saya kagum dengan keluarga ini. Mereka membuktikan bahawa JIKA ADA KEMAHUAN, DI SANA ADA JALAN.

Nik Nur Mardhiah bukan dapat 10A. Dia dapat 20A! Again, SubhanalLah.

Rumah buruk ini pun bukan miliknya. Ia disewa.

Inikah Istana Kejayaan?

Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan dua hari lalu.

Menurut Utusan Malaysia, Nik Nur Madihah -- Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan -- dan keluarganya tinggal di rumah usang ini.

Saya menitis air mata melihat gambar ini. Sewaktu kecil dulu, inilah lebih kurang keadaan rumah di mana saya dibesarkan. Cukup daif.

Alhamdulillah, pendidikan telah mengeluarkan saya dari kitaran kemiskinan. Dulu ayah bekerja sebagai penebang tebu, ibu pula setiap hari mengambil upah di sawah. Saya tahu erti kemiskinan -- ada hari-hari di mana saya dan adik hanya minum air kosong saja sebelum tidur; tanpa nasi dan lauk.

Bukan sedikit air mata ibu mengalir sewaktu membesarkan saya ... Terima kasih, ayah. Terima kasih, ibu.

src : fwd email @ http://nobisha.blogspot.com/2009/03/inikah-istana-kejayaan.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah