Israel Sudah Hilang Kredibiliti. Bagaimana?


Richard Falks, seorang pengkritik politik Israel dan wartawan khusus PBB, mengatakan bahawa Israel sudah kalah dalam perang, dan hancurnya kredibiliti. Apa maksudnya?

Jawapannya ada dalam demonstrasi yang bertebaran semenjak serangan Israel ke atas Gaza bermula di seluruh dunia. Bagi semua orang,tindakan agresif berdarah Israel atas Jalur Gaza telah menghancurkan semua kehormatan bangsa Yahudi dan nama baiknya (jika masih ada).

Sebahagian besar aksi demonstrasi sentiasa ada yang membawa banner besar yang berisi kata-kata yang membandingkan Israel dengan Nazi Jerman. Pembantaian warga Gaza hanya menambahkan wajah kejahatan bagi Israel yang telah menorehkan sejarah kematian di Deir Yassin, Lebanon, dan wilayah Arab lainnya.

Ari Avnery, seorang Israel yang terus-menerus mengkritik pemerintahannya, dia telah menulis, “apa yang akan diingati oleh dunia akan peristiwa ini adalah wajah “monster” Israel yang haus darah. Ini niscaya akan memberikan akibat jangka masa panjang bagi orang-orang Yahudi. Pada akhirnya, sikap agresif ini adalah kejahatan kepada kita sendiri, kejahatan terhadap negara Israel!”

Seorang Israeli lainnya, Avi Shalim, Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Oxford mengatakan bahawa ia percaya Israel telah menjelma menjadi negara biadab. “Sebuah negara biadab selalu melawan hukum antarabangsa, menguasai senjata penghancur massal, dan melakukan terorisme, untuk semua tujuan politik. Israel memenuhi semua kriteria ini.”

Seorang rabbi Yahudi yang tinggal di Amerika, Michael Lerner, editor di majalah Tikkun, menulis, “Semua ini membuat saya patah arang. Israel benar-benar bodoh. Sebagai seorang Yahudi yang setia, saya melihat apa yang dilakukan oleh pemerintah Israel betapa begitu mudahnya mengubah nilai-nilai Judaisme menjadi pesanan kebencian.”

Barangkali, kecaman orang Israel terhadap Israel yang paling kejam datang dari Profesor Ilan Pappe, pengarang buku The Ethnic Cleansing of Palestine. “Zionisme adalah sebuah idelogi yang memakai pembunuhan etnik, pendudukan, dan sekarang pembantaian beramai-ramai. Apa yang dihasilkan oleh Israel di Jalur Gaza bukan saja mengutuk atas apa yang dilakukan Israel tapi juga menghilangkan semua nilai ideologi Yahudi.”

Zionisme, Pappe menguraikan lagi, telah diangkat menjadi sebuah ‘ideologi rasis dan hegemonik. Ini, tentu saja, bukan berita baru buat orang Palestin, ataupun pada bangsa Arab dan Muslim lainnya. “Mudah-mudahan,” ujar Pappe, “suara kecaman dari seluruh dunia akan mengubah Israel bahawa ideologi ini dan semua yang telah dilakukannya merupakan suatu hal yang tidak boleh lagi ditoleransi dan tidak dapat diterima. "Israel akan diboikot dan terjerat diri sendiri.”

Apa yang dikatakan oleh orang-orang Israel ini menjelaskan bahawa Israel telah menderita kekalahan dalam perang membentuk kredibiliti dalam mata masyarakat dunia. Dengan mengubah Gaza menjadi runtuhan, neraka dunia dan tapak pesta pembantaian warga yang tidak berdosa samaada wanita atau kanak-kanak, bukan saja hanya merosak citra Israel tapi juga memperlihatkan moral dan politik Israel yang rendah, malahan lebih teruk dari taraf binatang.

Pertanyaannya; mengapa Israel melakukan hal ini?

Israel boleh saja mendakwa mengalami trauma masa lalu yang atau kebimbangan terhadap serangan roket HAMAS yang kini mampu menjejak ke bumi mereka, namun perbuatan mereka kali ini sangat mengganggu dan di luar batasan kemanusiaan. Israel benar-benar gila dan terlalu berlebihan dalam menderita paranoid akan keamanan mereka.

Sejak tahun 1948, lebih tepat sejak Deklarasi Balfour Inggeris tahun 1917, para pemimpin Israel selalu mempersempitkan Palestin, dan mereka ketakutan akan projek mereka ini. Yang menggelikan, Israel selalu bersikap bahawa tidak ada idea dua negara dalam sejarah Palestin; Israel menghendaki semua wilayah Palestin. Sebahagian pemimpin Israel, seperti Itzhak Rabin, membicarakan perdamaian, namun tidak ada satupun realisasinya. Siapapun parti yang berkuasa di Israel, baik Partai Buruh, Likud atau yang sekarang, Kadima, sama sekali tidak ada perbezaan.

Sekarang, perang Gaza telah menenggelamkan semua harapan orang Yahudi akan adanya dua negara. Apa gerangan sekarang yang boleh menjadi alternatif?

Jelas sekali, mereka ingin menimpakan semua kesalahan kepada Mesir yang tidak mahu membuka persempadanan Rafah.

Ariel Sharon, mantan Perdana Menteri, menarik semua kaum Yahudi dari Gaza pada tahun 2008 untuk menumpu di Tepi Barat. Idea ini masih terus ada sekarang. Sekarang, para Yahudi Tepi Barat telah menjadi ramai dan mereka menginginkan lebih banyak lagi tanah Palestin. Mampukah Barack Obama menghentikan kecenderungan ini?

Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika yang baru telah mengatakan bahawa visi dua negara antara Israel dan Palestin tidak begitu saja diabaikan. Kita sudah mendengar ini sebelumnya. Tapi Hillary menegaskan bahawa AS tetap akan membanteras Hamas, dan ini menjadi kesalahan pertama pemerintahan AS yang baru yang baru hendak memulakan gerakerja mereka.

Bagaimana AS mengharapkan kombinasi dua negara dalam satu wilayah sementara AS tidak mahu mendengarkan satu pihak lainnya?

src : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1419

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah