Hukum Sambut Hari Lahir
Soalan : Assalamualaikum…. Saya ingin bertanya apakah hukumnya menyambut hari lahir secara besar-besaran dengan meniup lilin dan memotong kek disertai dengan lagu selamat hari lahir. Adakah ia bercanggah dengan cara Islam atau tidak? Jawapan Part I : Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja. Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online): Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja. Lazimnya kit...