4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers



Pantun Untuk Orang Yang Malas Solat..
Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan..

Kenapa kamu malas sembahyang?
Tuhan beri kamu jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan kah lebih beruntung daripada jadi tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang..

Kenapa kamu malas sembahyang?
Kerja dah stabil, keluarga dah senang,
Negara dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Kenapakah lima minit lima waktu tak dapat diluang?

Kenapa kamu malas sembahyang?
Tuhan beri akal supaya kamu tak kecundang,
Tuhan beri ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan beri nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapa kamu malas sembahyang?
Main bola kamu sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert kamu sanggup beratur panjang,
Apa kamu fikir masuk syurga boleh hutang?

Kenapa kamu malas sembahyang?
Harus diingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur di pukul sendirian..

Kenapa kamu malas sembahyang?
Siksa neraka cuba kamu bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh menghalang..

src : http://www.cikgu.net.my/index.php?option=com_myblog&Itemid=73&id=1023&show=Pantun-untuk-orang-malas-solat.....html&user=0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites