Banjir di Pakistan: Tarbiyyah Ramadhan untuk kita
Dalam kesibukan kita mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, janganlah kita lupakan isu-isu umat yang sedang berlaku luar sana. Seharusnya kehadiran Ramadhan kali ini juga dapat meningkatkan sensitiviti kita terhadap kesusahan dan penderitaan saudara-saudara seakidah, seterusnya mendorong kita untuk menghulurkan bantuan semampu yang mungkin buat mereka. Beberapa minggu kebelakangan ini, kita digemparkan dengan bencana banjir besar yang melanda Pakistan di mana dianggarkan satu perlima daripada kawasan tanah negara itu mengalami impaknya. Banyak kerosakan dan kemusnahan yang mereka alami. Lebih 2,000 orang terkorban setakat ini dengan hampir sejuta tempat tinggal musnah atau rosak teruk. PBB menaksirkan lebih 20 juta penduduk dan lebih 160,000 kilometer persegi kawasan yang terkesan akibat daripada musibah ini, melebihi jumlah mangsa tsunami pada tahun 2004 di Lautan Hindi, gempa bumi di Kashmir pada tahun 2010 dan gempa bumi di Haiti tahun ini. WHO melaporka...