Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan



* Mengerjakan rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, tetapi hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.

* Lakukanlah qiamulail/solat terawih dengan berkualiti, bukan banyaknya. Jagalah adab-adab solat seperti to'maninah, bacaan yang teratur dan rukun-rukun solat yang lain.

* Bersegeralah menunaikan sedekah menurut kadar yang termampu kerana bersedekah pada bulan Ramadhaan itu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.

* Bersungguh-sungguh membaca al-Qur'an (tilawah)

* I'tikaf merupakan ibadat yang mencakupi kebanyakan amalan taat seperti solat, tilawah, berzikir, berdoa dan lain-lain. I'tikaf itu adalah sangat dituntut pada sepuluh hari yang terakhir.

* Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhaan.

* Mencari malam Lailatulqadar di mana telah diturunkan al-Qur'an. Malam Lailatul Qadr itu adalah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhaan, iaitu pada malam yang ganjil bilangannya.

* Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu yang mustajab.

* Prihatin kepada amalan-amalan khusus di dalam puasa harian seperti waktu berbuka dan bersahur.

* Melaksanakan kewajiban mengeluarkan zakat.

* Mengeratkan silaturahim.

Akhir kata marilah kita juga mengambil tekad untuk mempertingkatkan amalan-amalan utama harian iaitu solat fardhu yang lima oleh kerana amalan puasa sahaja tanpa solat harian tidak selari dengan intipati firman Ayat 183 Surah Al-Baqarah dan dikhuatiri kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya berlapar dan berdahaga sahaja di bulan Ramadhan.

Ingatlah bahawa amalan-amalan sunnah yang dipraktikkan pada bulan Ramadhaan ini tidak berakhir apabila berlalunya Eidulfitri. Sebaliknya segala ibadat-ibadat tersebut adalah latihan untuk kita terus beristiqamah mengerjakannya pada setiap hari iaitu solat fardu berjemaah, solat-solat sunat mu'akadah, bersedekah, tilawah Al-Qur'an, berzikir, berdoa dan beristihgfar pada bulan-bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu kembali dengan Ramadhaan tahun depan dengan azam menjadi hamba yang bertakwah. Insya Allah.

src : http://www.sioloon.com/raya-2007-f130/empat-amalan-bulan-ramadhan-t1438.htm

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

THE MEANING OF SUCCESS AND FAILURE

Soal Jawab : Ghibah