Posts

Showing posts from July, 2009

Jadikan Dunia Bernilai AKhirat

Image
DUNIA yang nampaknya hebat Cantik dan indah mempesona setiap manusia Kita manusia sahaja yang merasa cantik dan indah Pada Tuhan tidak ada nilainya sekalipun senilai habuk Atau senilai sebelah sayap nyamuk Kalau dunia ini ada nilai pada Tuhan walaupun seberat habuk Nescaya Tuhan tidak akan memberinya kepada orang kafir Begitu juga kalau orang Islam Di waktu taat Tuhan beri, di waktu derhaka Tuhan tarik Adakalanya Tuhan beri, adakalanya Tuhan tahan Nescaya parahlah manusia ini Tapi pada Tuhan, dunia sedikit pun tidak ada nilai di sisi-Nya Orang kafir pun Allah Taala beri makan dan berbagai-bagai nikmat lagi Bahkan adakalanya orang kafir lebih banyak diberi daripada orang beriman Begitulah nilai Tuhan terhadap dunia Oleh kerana dunia ini tidak ada nilainya di sisi Allah Tuhan menyuruh kita berilah dunia ini nilai Akhirat Jadikan dunia ini jambatan ke Akhirat Jual dunia ini untuk beli Syurga Kalau tidak begitu, dunia ini tidak ada harga Dunia ini kalau tidak dijadikan Akhirat Kita hidup s...

Jangan Jadikan Allah Taala Keperluan Bermusim

Image
Allah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana Allah Taala, segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya ada kerana Allah Taala mengadakan. Kalau Dia tidak mengadakan, segala-galanya termasuk kita pasti tiada. Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupun di Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikan alam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanya ada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagi bukan sia-sia. Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada cara kehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersendiri. Malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yang tersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia ada sistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yang tersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besar makhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dan siste...

Lumrah Orang Kaya Harta

Image
Lumrah Orang Kaya Harta Mencari kekayaan dan kesenangan bukan pula salah sekiranya tidak melanggar perintah Allah Mungkin dengan kekayaan dan kesenangan boleh membuat kebaikan yang banyak Ramai orang boleh mendapat manfaat dan faedah Tapi lumrah berlaku telah terjadi di dalam sejarah apabila seseorang itu kaya dan senang dia berubah Perangai mereka berubah daripada baik kepada jahat Sebelum ini ahli ibadah, jinak dengan Allah Selepas itu masya-Allah renggang dengan Allah Asalnya tawadhuk, kemudian sombong dan megah Mulanya hidupnya sederhana, kemudian pembaziran dan mewah Bakhil dan tamak pun datang, mudah menghina orang Akhirnya berubah secara total Terus lalai dengan Allah Di masjid jarang-jarang ada Sebelum ini masjid itu rumahnya yang kedua selepas rumahnya Sekarang hari Jumaat pun kadang-kadang tidak nampak Begitulah pengaruh kekayaan dan kesenangan Mudah lupa dengan Allah, dengan kawan renggang Beribadah pun tidak senang Begitulah nikmat dunia selalu menipu manusia src : http://a...

ISRA MIKRAJ (BULAN REJAB) PENGUAT IMAN

Image
Kini kita berada bulan Rejab. Didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada keluasan cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut. Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam ti...

Why Read The Holy Quran If You Can't Understand Arabic?

Why do we read The Holy Quran, even if we can't understand a single Arabic word? This is a beautiful story. An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try ...

Kaedah Mengenal Tuhan

Image
Mengenal Tuhan tidak cukup kalau terhenti setakat akal sahaja. Walaupun kita sudah belajar sifat 20 sehingga faham dan alim, ia belum menjamin kita "kenal" Tuhan. Kita sebenarnya baru "tahu" tentang Tuhan dengan akal. Sedangkan mengenal Tuhan ialah dengan hati, bukan dengan akal. Hati yang arif dan kenal Tuhannya mampu untuk mengawal diri dari kemungkaran. Jika akal yang 'tahu' tentang Tuhan, ia tidak mampu mengawal tuannya dari kemungkaran dan dosa. Dia juga payah untuk berubah dan meningkatkan diri. Keseluruhannya sifat-sifat Tuhan itu adalah lambang kasih sayang Tuhan terhadap hamba-hamba-Nya. Antara tanda kasih sayang Tuhan itu ialah nikmatNya yang diberikan terlalu banyak dan luas, bahkan tidak terhitung. Jika satu nikmat sahaja kita hurai, sudah cukup untuk menunjukkan betapa baiknya Tuhan kepada kita. Contohnya, cuba kita tutup hidung selama 5 minit. Tentu kita akan mati kerana tidak boleh bernafas. Begitulah besarnya nikmat Tuhan. Maha Besar Tuhan! K...

We Must Do Something...

Image
Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka. Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja. Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini. Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam. Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan. Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu, "apa lah kamu orang Islam n...

German killing of headscarved woman at court raises fears in Europe

Image
German killing of headscarved woman at court raises fears in Europe The killing of the Muslim woman raises many questions regarding inter-racial relationships and co-existence in Europe. Monday, 06 July 2009 13:15 European Muslims faced another hate crime with killing of a headscarved woman by a German man in a court room on on July 1st, German and Egyptian media reported. A 28-year old German man stabbed Egyptian national Marwa Sherbini 18 times in Dresden courthouse before she gives evidence against court appeal. Marwa Sherbini, a 32-year-old Egyptian national was suing her attacker after he insulted her for wearing the Islamic headscarf. Sherbini stood in court to give evidence against court appeal before German man took out a knife and stabbed her 18 times. Marwa took her 3-year old son Mostapha to play in a Dresden park. A German man, identified only as Axel W, insulted her because of wearing headscarf and called her a "terrorist". She filed a case against him in German...

Marwa Ali El-Sherbini

Image
Marwa Ali El-Sherbini (Arabic: مروة الشربيني‎; October 7, 1977 – July 1, 2009) was an Egyptian pharmacist and handball player who was killed in a courtroom at the Landgericht in Dresden, Germany, by a man against whom she had testified for previous xenophobic insults against her. Life Marwa was born in 1977, the daughter of chemists Ali El-Sherbini and Laila Shams from Alexandria. In 1995 she graduated from the El Nasr Girls' College, where she was the students’ speaker. She was also a member of the Egyptian national handball team 1992−1999. Moving to Germany In 2005 she moved with her husband to Germany. They lived first in Bremen and since 2008 in Dresden. Her husband, a lecturer at Minufiya University, researches in the field of genetics and is doctoral candidate in Dresden’s Max Planck Institute for Molecular Cell Biology and Genetics. They have one son, who was born in 2006. Marwa was three months pregnant with her second child at the time of her murder. Verbal abuse and crimi...

Kenapa Mereka Memusuhi Hijab?

Email Oleh : Abu Usamah Mohd Masri Mohd Ramli Oleh: Mohd Masri bin Mohd Ramli (Semoga Allah menempatkan Marwa alSharbini di kalangan Syuhada') Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung. Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang per...

Sesudah Asar...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaat...

Bicara Tentang Hati

Image
Assalamualaikum wR wB LUAR BIASA, PAGI!!! BICARA TENTANG HATI Entah berapa jarak yang sudah aku tempuhi, namun… Daku sentiasa sunyi dan sepi… Gelisah, resah, gundah menghantui… Ada apa dengan hati…???!!! Hati merupakan bahagian yang terpenting didalam tubuh badan kita, bahkan kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Jika dialam tiap-tiap negeri ada seorang raja baginya, maka hatilah “raja” bagi tubuh badan manusia . Bagaimanakah sifat hati itu? Hati disebut didalam bahasa Arab sebagai “Qalbun” yang bermaksud “sentiasa berdolak dalik”, penamaan itu sesuai betul dengan keadaannya yang sentiasa tidak konsisten. Adakalanya kita benci dengan seseorang, namun dalam sekejap mata kebencian itu bertukar kepada rasa cinta dan sayang. Ada juga kalanya kita sangat mencintai serta menyayangi seseorang, namun dalam sekerlip pandangan mata, rasa cinta dan sayang itu bertukar kepada perasaan benci. Demikan pula didalam perkara keimanan, terkadang kita rasakan begitu khusyuknya kita solat, dan syahdunya ...

Kenapa Berkahwin?

Image
Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran. 1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat. Allah SWT telah berfirman : [4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’) 2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan. Allah SWT telah berfirman : [9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, s...

Isteri Yang Solehah

Image
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah: 1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah. 2.Bersikap malu terhadap suami. 3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara. 4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi. 5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya. 6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami. 7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan. ...

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... Bismilla hirrahmannirrahim' Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang...

Hutang

Image
BAB: Akhlak Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” [Riwayat al-Baihaqi ] Huraian: Pengajaran hadis: i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Pepatah ada mengatakan “ Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan. iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang...

Jangan Berputus Asa

Image
Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita. Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada har...