Posts

Showing posts from February, 2009

Wuduk pembersih zahir batin

SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik. Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik. Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga. Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahay...

Perencanaan Berkesan Minda Hijrah

Sebagaimana yang telah ditakdirkan, sambutan tahun baru 2008 tahun ini hanya berbeza beberapa hari sahaja dengan sambutan ma'al hijrah 1429H. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh menyambut tahun baru, melangkah masuk ke tahun baru membawa banyak erti kerana ianya ibarat buku catatan baru hidup seseorang yang akan menjalani hidup untuk tahun seterusnya. Tahun baru boleh menjadi pendorong yang cukup kuat untuk memungkinkan seseorang berusaha dengan lebih gigih dan yakin untuk mencapai apa yang dirancang untuk tahun tersebut. Berjaya atau tidak perancangan itu bergantunglah kepada kesungguhan yang ditunjukkan dengan berdasarkan kepada ilmu yang dimiliki dan difahami dan pengalaman yang telah dilaluinya. Berbanding dengan sambutan ma'al hijrah yang saban tahun disambut oleh umat Islam seluruh dunia, sambutan tahun baru Islam ini mempunyai dorongan yang berbeza kerana ianya mengambil semangat atau roh penghijrahan baginda Rasulullah SAW dari bumi yang penuh dengan kekufuran dan kemun...

Why are so many Women converting to Islam?

Image
According to "The Almanac Book of Facts", the population increased 137% within the past decade, Christianity increased 46%, while Islam increased 235%. In a recent poll in the (US), 100,000 people per year in America alone, are converting to Islam. For every 1 male convert to Islam, 4 females convert to Islam, Why? It is Clear why Christians are converting. 1. Christian Scientists are declaring the Koran is from God. Visit Here for Christian and atheist Scientists who convert to Islam and why: http://wings.buffalo.edu/sa/muslim/library/jesus-say/ch13.html 2. The Christian Bishops and Priests are admitting the Bible has tensions. http://wings.buffalo.edu/sa/muslim/library/jesus-say/ch2.1.html 3. Jesus is a Muslim: http://www.geocities.com/Athens/Agora/4229/jam.html The question still remains, why are more women converting than men to Islam? Perhaps they realize their Soul is worth the Factual Research. 1. The Bible Convicts Women as the original Sinners, (ie. Eve picking from ...

Mendapat Keampunan Dari Allah Dengan Sebab Menjawab Seruan Azan

Image
Dihikayatkan ada seorang perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Siti Zubaidah adalah tergolong di dalam golongan orang yang suka pada muzik dan juga tergolong di dalm golongan yang memiliki harta kekayaan. Di samping itu, dia telah membina satu tempat khusus untuk berehat, tempat minum dan tempat mendengar muzik dimana dia mempunyai beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya tetapi apabila terdengar seruan azan, serta merta dia memerintahkan orang-orang yang menghiburnya supaya berhenti sejenak daripada menyanyi sehinggalah selesai azan, maka dia menjawab seruan azan. Setelah selesai azan, barulah disambung semula nyanyian para penghiburnya. Hanya itulah amalan yang sentiasa diamalkannya. Apabila dia telah meningga dunia, maka setengah daripada orang-orang yang melakukan amal soleh melihat di dalam tidurnya (mimpi bertemu dengan Siti Zubaidah). Lalu mereka bertanya kepadanya, "Apakah balasan Allah terhadapmu?" Jawab Siti Zubaidah, "Dengan berbanyak mengucapkan syuk...

Tanda Orang Yang Telah Diterima Taubatnya

Image
Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba: "Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?" Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu. Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja, iaitu:- Yang bermaksud:- 1. (hamba yang telah bertaubat itu) melihat bahawa dirinya, masih belum suci dari dosa. 2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih. 3. Dia suka mendekati oang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat. 4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi dia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi dia tetap melihatnya masih sedikit. 5. Dia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajibannya terhadap Allah S.W.T. dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah S.W.T. 6. Dia sentiasa menjaga lidah, selalu taf...

Azan

MENJADI MUAZIN Dari Bara’ bin Azib ; sesungguhnya Nabiullah Muhammad telah bersabda “ Seorang muazin akan diampuni dosanya sepanjang suaranya dan dijawab oleh orang yang mendengarnya baik di perkampungan mahupun di gurun dan ia mendapatkan pahala dari orang² yang turut solat bersama .” (HR Ahmad & Nasai) Maksudnya : seorang muazin akan mendapatkan pahala dari orang² yang turut hadir solat kerana mendengar azannya dan juga pahala dari orang² yang menjawab ucapan azannya serta diampuni dosanya sesuai dengan panjang pendek suaranya . MENJAWAB AZAN Dari Abdullah bin Amr bin Ash , sesungguhnya ia mendengar Nabi s.a.w bersabda “ Apabila kamu sekalian mendengar muazin maka jawablah seperti dikatakan olehnya , kemudian bacalah selawat untuk diriku , kerana sesungguhnya siapa membaca selawat satu kali untuk diriku , maka Allah akan memberi rahmat sepuluh kali , kemudian mintalah kepada Allah agar aku menjadi wasilah , kerana sesungguhnya wasilah itu adalah merupakan suatu tempat di dalam sy...

Asma' Allah

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah. 5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki d...

Haram Hukumnya Menyambut Valentine`s Day

Image
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa : “Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”. Pendahuluan Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dila...

Maafkan Abah Ain.. !

Image
Maafkan Abah, Ain..!! Perkenalan selama dua tahun dan setelah mengenal hati budi masing-masing akhirnya Zaleha dan Rahman bersetuju memeterai janji untuk hidup bersama dan membina mahligai impian, dengan harapan ikatan perkahwinan itu akan memberikan sinar dalam kehidupan mereka. Walaupun Rahman hanya bekerja sebagai pemandu bas kilang sahaja namun bagi Zaleha itu bukan halangan untuk menerima Rahman sebagai teman hidupnya, dia rela dan sanggup berkorban demi cinta sejati. Setahun usia perkahwinan mereka semuanya dianggap bahagia dan dengan penuh harapan menanti akan dikurniakan cahaya mata pertama supaya dapat mengukuhkan lagi kasih sayang mereka berdua. Namun harapan tinggal harapan cahaya mata yang ditunggu-tunggu masih tidak menampakkan kemunculannya, perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang mula bergoncang setelah 3 tahun hidup bersama semuanya berpunca dari ketiadaan anak.Rahman mula menuduh isterinya mandul tidak boleh memberikannya seorang anak dan mula bermain 'kayu...

Rezeki Allah

Image
Aku cuma nak kongsi cerita.. Alkisahnya, hari tu, aku memang tengah pokai gilerr... maklum la, gaji lambat masuk sebab aku baru keje gomen... dah tau pokai, pandai-pandai lak tu bagi sedekah kat student yang ayah dia meninggal.... RM20 aku bagi kat student tu, so, dalam purse tinggal lagi RM10, aku fikir memang cukup² je la utk isi minyak keta yang dah nak habis untuk 1 hari setengah... nak mintak duit kat adik bradik, abah or kengkawan memang aku segan sebab tak mau biasakan diri berhutang dan tak mau susahkan depa... so, aku pun pegi la bank BCB utk kuar duit seadanya... Tak sangka lak masih ada baki ciput dalam akaun... alhamdulillah dalam bank BCB aku, maksima boleh kuar RM10 (betapa sengkeknya aku..) dan aku try an error keluar duit dari Bank Islam dapat RM10 gak... tak sangka lak boleh kuar RM10 dari BIMB tu sedangkan masa dia tunjuk baki duit aku yang memang dah nak kontang, memang satu sen pun aku tak layak nak kuarkan duit tu.... so, alhamdulillah, syukur sangat rasanya... pun...

Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'

Image
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh... Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki ter...

Papa, bacakan cerita ini!

Image
MALAM itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya kerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja. "Papa... bacakan cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi. "Papa sibuk... lain kali boleh tak?" saya memujuk. Sarena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah papa... sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah. "Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca......

Lelaki Idaman Saya

Image
Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga akan pahala Yang solatnya adalah maruah dirinya Yang tidak pernah takut untuk berkata benar Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan Kerana dunia baginya adalah rumah se...

Pilih Jodoh: Restu Ibu Bapa Beri Keyakinan

Image
“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan. Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka. “Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau. Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?” Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh ...