ESQ : Emotional & Spiritual Intelligence


Alhamdulillah.... selesai sudah training ESQ 165. Semua berjalan lancar... Mula-mula cuba nak elak dari join program ni. Sebelum ni anak sedara dah joined, and diorang cakap memang best. Cuma at 1st time tu tak boleh nak imagine dengan perkataan " best" yang diorang maksudkan tu. Selepas join selama 3 hari (9-11 Mac, Hotel Equatorial Bangi) ternyata alhamdulillah best bangat.

Mula-mula tu memang takda idea langsung tentang ESQ ni... 1st time masuk memang blurr... tak reti nak cakap mcm mana. Lagipun ni 1st time join training berbentuk motivasi ni. Bersalam semut la, nyanyi lagu, main game dan yang pasti memang 1000% tak akan boring.

Sepanjang perjalanan selama 3 hari... boleh dikatakan air mata tu mudah sangat untuk mengalir keluar, especially bila diorang masuk module "Leadership" dan diorang kaitkan Nabi Muhammad s.a.w. Cukup menyentuh perasaan.(tak reti nak gambarkan macam mana)

Alhamdulillah... sepanjang perjalanan tu... saya didedahkan betapa kecilnya kita di alam ciptaan Yang Maha Esa ni... dan saya sedar selama ni akan kelalaian saya yang tak pandang endah serta kurang rasa syukur dengan Kebesaran Allah, Tuhan Sekelian Alam... Allahhu Akhbar...!!! Allahu Akhbar...!!!

Selain memupuk secara spiritual, program ni juga mengajar tentang pembinaan Jatidiri sehingga mampu memupuk dan mencungkil semangat yang terpendam. Alhamdulillah... Bersyukur rasanya bila join program tu.

Saya cadangkan sesapa yang membaca tulisan ni... diharap dapat letakkan satu harapan untuk turut serta dalam training ESQ ni... tolong tolak ketepi soal RM sebab apa yang akan kita dapat memang tidak ternilai. Pengalaman yang akan diperolehi cukup berbeza... Insya Allah..

Wallahua'lam

Assalamualaikum...

Nizam Ahmad
Angkatan Abu Bakar

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

src : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=251

p/s : i want to join 165 too... (insyaAllah)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT