4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers


# Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri, tanpa rasa bersalah melakukannya. Kajian di Sekolah Perubatan, Universiti Athens, menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.

# Biasakan tidur mengikut jadual.

# Buat satu peraturan yang tetap. Contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan sebagainya.

# Tidurlah dalam suasana dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.

# Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang, tetapi tidak menghilangkan kepenatan.

# Dengar kepada sesuatu sehingga anda berasa penat.

# Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih kualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.

# Bangun tidur beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.

# Berdoa agar dapat tidur malam, seperti doa diajarkan Rasulullah s.a.w kepada Zaid bin Thabit, diriwayatkan at-Tabrani dan Ibnu Sunni: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

src : http://www.hmetro.com.my/ (adDin)

notes : its hard to sleep lately... INSOMNIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites