4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers


Dari Abu Musa menceritakan bahawa suatu ketika dua orang dari suku bapa saudaranya datang kepada Rasulullah SAW, yang seorang mengatakan, “Angaktlah kami untuk jawatan pemerintahan, ya Rasulullah. Dan yang seorang lagi mengatakan perkataan serupa. Baginda SAW menjawab, “Sesungguhnya kami tidak akan mengangkat untuk itu orang yang memintanya dan tidak pula orang yang sangat menginginkannya.”
(HR Muslim)

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu sangat menginginkan jawatan pemerintahan tetapi di hari Kiamat hal itu menjadi penyesalan. Amat baik perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk perempuan yang berhenti menyusukan.”
(HR Bukhari)

Dari Abdurrahman bin Samurah RA, berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Hai Abdurrahman, janganlah kamu melamar pangkat Amir; kerana jika kamu diangkat kerana permohonanmu, beratlah tanggungjawabmu; dan jika pangkat itu diberikan kepadamu tanpa lamaran, tanggungjawabnya lebih ringan.”
(HR Muslim)

Dari Abu Zar, ia berkata, “Pernah aku berkata kepada Rasulullah SAW, apakah tuan tidak dapat mengangkat aku menjadi pegawai pemerintah?” Rasulullah SAW menjawab sambil menepuk bahuku, “Hai Abu Zar, kamu adalah orang yang lemah; sedangkan pekerjaan itu adalah amanat Allah yang kelak pada hari kiamat mungkin membawa kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang memenuhi syarat dan menjalankannya dengan wajar menurut semestinya.”
(HR Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya) dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunahnya). Jika kamu enar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An Nisa’:59)

“Nanti sesudahku akan memerintah urusan kamu orang-orang yang memadamkan Sunah dan menghidupkan bidaah serta mengakhirkan solat dari waktunya.” Ibnu Mas’ud berkata, “Ya Rasulullah apa yang harus ku lakukan jika aku menjumpainya?”
Rasulullah SAW menjawab, “Seorang hamba Allah tidak boleh taat kepada orang yang maksiat kepada Allah.” Baginda mengucapkan kata-kata itu sebanyak 3 kali.
(HR Ahmad)

Mawardi berkata, “Jika seseorang tinggal di suatu negara yang dapat melaksanakan agamanya, sedangkan negara tersebut bukan Darul Islam maka negara tersebut menjadi Darul Islam bagi dirinya. Maka tetap tinggal dan melaksanakan agama di negeri tersebut lebih utama daripada ia harus pergi ke negara lain dengan harapan orang lain dapat masuk Islam.”

Src : majalah Hidayah Bil : 123 (Zulkaedah 1429/November 2008)

3 comments:

Sememangnya jawatan bukan untuk dibanggakan. Yg sebenarnya satu tanggungjawab yg perlu dipikul sebaiknya. Macam mana kalau yang memegang jawatan bukan ahlinya? Kena pulak kita yang sepatutnya memegang jawatan tersebut? Kadang2 jawatan perlu dikejar bukan kerana inginkan jawatan tersebut tapi bagi mengelak org yang bukan sepatutnya berada disitu. Walaupun risiko hari pengadilan terletak dibahu kita. InsyaAllah dengan niat yg baik akan dipermudahkan olehNya...

hello,
www.yourprepaid4u.com/?member=csd777

www.casaads2u.com/csd777

hello

www.yourprepaid4u.com/?member=csd777

www.casaads2u.com/csd777

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites