Jangan kejar jawatan pemerintah, nanti kamu menyesal di hari akhirat
Dari Abu Musa menceritakan bahawa suatu ketika dua orang dari suku bapa saudaranya datang kepada Rasulullah SAW, yang seorang mengatakan, “Angaktlah kami untuk jawatan pemerintahan, ya Rasulullah. Dan yang seorang lagi mengatakan perkataan serupa. Baginda SAW menjawab, “Sesungguhnya kami tidak akan mengangkat untuk itu orang yang memintanya dan tidak pula orang yang sangat menginginkannya.” (HR Muslim) Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda, “Sesungguhnya kamu sangat menginginkan jawatan pemerintahan tetapi di hari Kiamat hal itu menjadi penyesalan. Amat baik perempuan yang menyusukan anaknya dan amat buruk perempuan yang berhenti menyusukan.” (HR Bukhari) Dari Abdurrahman bin Samurah RA, berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Hai Abdurrahman, janganlah kamu melamar pangkat Amir; kerana jika kamu diangkat kerana permohonanmu, beratlah tanggungjawabmu; dan jika pangkat itu diberikan kepadamu tanpa lamaran, tanggungjawabnya lebih ringan.” (HR Muslim) Dari Abu Za...