Apa yg mencantikkan wajah?


More RAMADHAN graphics

Al-Ahnaf Bin Qais merupakan salah seorang ulama yg terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku kaum Tai’yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yg datang itu adalah utk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun, kedatangan pemuda dari suku Tai’yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.

Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yg sebaya dengannya. Lalu Ahnaf pun bertanya, “Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Jawab pemuda tersebut, “Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah bercakap bohong. Kalau ada orang yg sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu, dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan mengkhianatinya.”

Mendengar jawapan yg benas itu, maka berkatalah Al-Ahnaf, “Benar kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yg mulia”. (Anis/Jun2002/11)

Ehm...apa yg terzahir secara jasmani sebenarnya adalah terpancar dari rohani kita... sekiranya rohani kita baik...insyaAllah, jasmani kita pun baik juga...

Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga...

"Sesungguhnya berjayalah orang yang (menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taat dan beramal soleh)." (Surah Al-A'la: Ayat 144)

sesungguhnya Allah itu mempunyai bejana di atas muka buminye iaitu hati-hati.maka hati yang paling disukai Allah ialah hati yang lembut, bersih dan cekal. yang bermaksud LEMBUT, BERSIH dan CEKAL ini adalah CEKAL dalam pegangan agamanya, BERSIH dalam keyakinan dan LEMBUT terhadap saudara mukminnya. (syaidina Ali Abi Talib k.w.h)

Allah tidak memandang harta, rupamu tetapi Allah memandang hatimu. wallahu'alam..

jika kita ingin mempunyai wajah yang berseri, amalkanlah akhlak yg mulia...maka, terhindarlah dari perkara yang merunsingkan kepala...
untuk tambahan lagi...wajah berseri juga datangnya dari wudhu' yang sempurna...wallahua'lam...

src : http://www.raudhah.com/

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT