4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

“MAHA Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir.

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.

Nabi s.a.w mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’.

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan ruang cahaya, iaitu perdetik dapat menempuh jarak kira-kira 300,000 kilometer. Oleh itu, kecepatan buraq sekejap mata di antara Makkah sampai ke Palestin.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan bersolat dua rakaat seperti di Thaibah (Ma dinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, se golongan sedang memecahkan kepala, golongan yang

menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) ba ginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi beberapa kaumnya.

Nabi s.a.w juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja.

Kini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w peristiwa Israk dan Mikraj dikenang umat Islam, malah pada penghujung Rejab sempena tarikh peristiwa terbabit diadakan acara mem peringati melalui ceramah berkaitan peristiwa itu.

Di sesetengah negeri diadakan cuti umum Israk dan Mikraj sebagai penghormatan kepada peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Usaha itu memberi kebaikan kerana mengingatkan umat Islam, terutama generasi muda sejarah Islam seperti Israk dan Mikraj.

Sekurang-kurangnya ia membangkitkan roh dan syiar ke islaman, apatah lagi manusia mudah alpa mutakhir ini.

Tetapi bagaimana, jika ada pihak yang tampil mendakwa meraikan peristiwa bersejarah seperti Israk dan Mikraj adalah suatu bentuk baru yang diada-adakan (bidaah) yang ber tentangan seperti juga sambutan Maulid Nabi?

Timbalan Rektor Unit Antarabangsa dan Inovasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Sano Kou toub Moustapha dipetik berkata: “Saya percaya menyambut peristiwa bersejarah seperti Maulid Nabi dan Israk Mikraj sepatutnya tidak dihukum secara keseluruhan bidaah yang dilarang.

“Betul sambutan ini adalah benda baru, tetapi bukan semua benda baru dilarang. Banyak benda baru berlaku selepas kewafatan Nabi s.a.w, seperti pengumpulan al-Quran dan azan kedua solat Jumaat,” katanya, yang juga ahli tetap Majlis Akademi Feqah Antarabangsa, Pertubuhan Persidangan Is lam (OIC).

Pengumpulan al-Quran adalah satu benda baru, berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, iaitu ketika ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah, lalu Saidina Umar mencadangkan kepada beliau menghimpunkan al-Quran kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

Tetapi Saidina Abu Bakar pada mulanya ragu-ragu kerana Nabi s.a.w tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.

Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, Saidina Abu

Bakar bersetuju dengan usaha pengumpulan ayat al-Quran itu.

Dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi s.a.w yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.

Al-Quran kemudian ditulis Zaid hasil pengumpulan da ripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, ter susun turutan ayatnya sebagaimana ditetapkan Rasulullah s.a.w.

Mashaf ini kemudian diserahkan kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.

Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat al-Quran, ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan al-Quran. Jadi dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya, se hingga akhirnya terhasil apa yang dinamakan Mashaf Uth mani dan mashaf itu bertebaran ke seluruh dunia menjadi panduan umat Islam hingga hari ini.

Dr Sano menegaskan, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baik, dia akan diberikan ganjaran kerananya dan ganjarannya ber dasarkan apa yang diadakannya. Demikian juga kepada sesiapa yang mengadakan sesuatu yang buruk dia akan dibalas dengan dosa dan dosanya bergantung pada perkara ter babit.”

Oleh itu, katanya, seseorang tidak sepatutnya menghu kumkan kenyataan umum dalam hadis lain yang mengatakan semua perkara baru (bidaah) adalah sesat.

“Jika sambutan ini membawa kebaikan kepada umat Islam, ia sepatutnya dianggap benda baru yang baik,” katanya.

src : http://www.hmetro.com.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites