Sejarah Ringkas Kemusnahan Kaum Lut A.S

Nabi Lut merupakan anak saudara lelaki Nabi Ibrahim a. s. Baginda menetap di sebuah kawasan bernama Sadum. Kaum Nabi Lut mempunyai sifat yang amat buruk iaitu lelaki memperisterikan kaum lelaki dan perempuan bersuamikan perempuan. Mereka tidak mahu berkahwin dan hanya tertarik kepada kaum sejenisnya sahaja. Oleh itu Nabi Lut diutuskan Allah untuk berdakwah kepada kaum ini. malangnya dakwah yang disampaikan oleh Nabi Lut tidak diterima oleh kaumnya, lalu Nabi Lut berdoa kepada Allah agar menurunkan bala seksaan terhadap kaumnya. Allah berfirman dalam surah Allah-Ankabut ayat 28 yang bermaksud:

“Dan ingatlah ketika Lut berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu.”

Lalu Allah menurunkan seksaan terhadap mereka. Firman Allah dalam surah Hud ayat 82 yang bermaksud :

“Tatkala datang perintah kami, kami jadikan yang tinggi menjadi rendah dan kami jatuhkan batu dari tanah yang keras di atasnya berturut-turut.” Kaum Nabi Lut yang ingkar itu akhirnya ditimpa balasan Allah yang berupa kemusnahan dan kematian yang penuh azab. Bumi bergoncang sehingga runtuh gunung-ganang. Dan da riwayat menceritakan pada keetika itu malaikat mengangkat negeri dan kaum Nabi Lut ke atas kemudian di campakkan semula ke bumi lalu dihenyakkan kemudiannya sehingga ia menjadi tanah yang rendah dan menjadi laut. Begitulah seksaan Allah terhadap kaum Nabi Lut yang suka melakukan hunbungan sejenis. Semoga kisah ini menjadi iktibar dan mpengajaran untuk manusia.

Fakta sejarah

Para ulamak sejarah Islam telah menetapkan bahawa kedudukan negeri dan penduduk kaum Nabi Lut yang telah di musnahkan itu terletak dinegeri Jordan yang geografi bumi tempat paling rendah di dunia dan merupakan air laut yang termasin di dunia iaitu 7 kali ganda kemasinan air laut biasa … Dengan sebab itu ahli sains mengatakan manusia tidak akan tenggelam atau lemas di laut mati kerana ketepuan masinnya air laut tersebut.

Tetapi pernah saya mendengar cerita daripada penduduk kawasan laut mati tersebut mengatakan “Bagi mereka yang tidak pernah melakukan liwat dan lesbian tidak akan tenggelam di laut mati ini… tetapi kepada sesiapa yang pernah melakukannya (liwat dan lesbian) maka dia boleh tenggelam di laut tersebut. Sebagai petunjuk dan pengajaran dari Allah dan bertaubat” wallahua’lam.

Sesungguhnya Allah jua yang mengatahui, tapi melalui dakwaan ini menujkan akan kekuasaan Allah dan azab Allah terhadap mereka yang melakukan hungungan sejenis. Walaupun kisah itu sudah berakhir tapi seksaan dan laknat Allah kekal sehingga sekarang.

Mutiara Kata
Kata Prof. Dr. Hamka :-

Kebahagian itu akan dapat dicapai dengan Islam, Iktikad yang benar yakin, Iman dan Agama.

Intipati

Manusia sering memperkatakan tentang kebahagian tahukan kita bagaimana realitinya sesuatu kebahagian. Setelah sempurna tuntutan kita tunaikan. Ulamak telah menetapkan garis panduan realiti kebahagian itu ialah iktikad yang benar. Oleh itu jauhkanlah diri dari menyekutukan Allah, yakin Iman bersama amal dan agama Islam mesti kita pertahankan.

src : http://www.geocities.com/supardi73/agama/risalah1.2.htm

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT