Makmum Menangis Saat Solat Berjemaah



Video bacaan surah At-Tahreem ketika solat oleh Syeikh Mishary Al-Afasy ini menunjukkan beberapa orang para makmum yang menangis ketika surah itu dibaca.
Ayat 8: Wahai org2 yg beriman!bertaubatlah kepada Allah dgn taubat yg semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai,pada hari ketika Allah tdk mengecewakan Nabi dan org2 yg beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Ayat 9: Wahai Nabi! Perangilah org2 kafir dan org2 mnafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Ayat 10: Allah membuat perumpamaan bagi org2 kafir,isteri Nuh dan Luth. Keduanya berada di bwh pengawasan 2 org hamba yg saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kpd kedua suaminya, ttp kedua suaminya itu tdk membntu mereka sedikit pun dari siksa Allah;dan dikatakan (kpd 2 isteri itu), "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama org2 yg masuk (neraka)."

Ayat 11: Dan Allah membuat perumpamaan bagi org2 yg beriman, isteri Firaun,ketika dia berkata,"Ya Tuhanku,bangunkanlah untukku sebuah rumah disisiMu dlm syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya,dan selamatkanlah aku dari kaum yg zalim".

Ayat 12: danMaryam putri Imran yg memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (Ciptaan) Kami; dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabNya; dan dia termasuk org2 yg taat.

"Kalam terindah yang turun dari Allah yang Esa, Disampaikan oleh malaikat yang paling utama iaitu Jibril, Dalam bahasa terindah dan terunik iaitu Bahasa Arab, Kepada penyampai risalah terulung iaitu Muhammad SAW, Untuk ummat terbaik yang diciptakan iaitu siapa??Kita lah tu..."

Buat pedoman semua termasuk diri sendiri..insyaAllah...

Sedikit doa yang boleh diamalkan

"Ya Tuhanku, jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, dibawah ku suatu cahaya, dibelakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya..amin ya rabbal a'lamin"

src : http://nurulfarienaasli87.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT