4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

TARIKH BACAAN : 01 ZULQA'EDAH 1421H

Sidang jumaat yang dihormati Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar bertakwa dan janganlah kamu mati melainkan di dalam Islam. Saya berpesan kepada diri sendiri dan juga kepada tuan-tuan supaya sentiasa bertakwa kepada Allah subhanahua ta’ala dengan menjunjung segala perintah dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang. Kerana sesungguhnya dengan takwa sahajalah seseorang itu mendapat kebahagiaan hidup di dunia mahu pun di akhirat.

Sidang jumaat yang dihormati Allah,

Tajuk khutbah kita pada hari mulia ini ialah’ Larangan Mengadu Domba’.
Ketahuilah, bahawa setiap muslim dan muslimat diwajibkan menjauhkan diri dari semua sebab yang menimbulkan kebencian dan perbalahan di antara sesama mereka. Terutama daripada orang yang selalu mengadu domba kerana boleh melumpuhkan kekuatan mereka. Disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Huzaifah r.a. bahawa tatkala dia mendengar ada seorang lelaki suka mengadu domba lalu dia berkata saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : ‘ Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba ‘.

Saudara kaum muslimin yang dikasihi,

Wajib bagi setiap muslim yang berakal untuk tidak mempercayai hasutan pengadu domba. Dan hendaklah mereka sentiasa berwaspada dalam menerima berita dari orang-orang yang pasti di dalam surah Al-Hujrat ayat 6 yang telah dibacakan diawal khutbah tadi, Allah subhanahua ta’ala berfirman yang bermaksud : ‘ Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita maka selidiklah untuk menentukan kebenaran supaya kamu tidak menimpakan suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.

Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Annamimah (mengadu domba) merupakan dosa besar dan sangat buruk akibatnya. Oleh kerana itu setiap muslim wajib menjaga diri agar tidak bergaul dengan orang yang suka mengadu domba atau berada dalam satu majlisnya dengannya.

Jangan sekali-kali percaya kepadanya dan berusahalah menjauhkan diri daripadanya. Sebab orang yang suka mengadu domba terkadang boleh membuat kerosakan dalam satu saat yang tidak mampu dibuat orang lain di dalam satu bulan.

Semoga Allah melindungi kita dari perbuatan mengadu domba kerana ia boleh merosakkan perpaduan, menyebabkan permusuhan dan irihati. Barangsiapa yang diadu domba dengan saudaranya maka ia wajib mengingkarinya sekalipun benar apa yang dikatakannya.

Saudara kaum muslimin,

Hati-hatilah apabila mendengar satu berita, telitilah kebenarannya apabila penyampaian orang fasik. Pengadu domba akan menerima balasan yang buruk di akhirat. Orang yang mengadu domba ini termasuk dalam golongan orang yang mencaci dan mengeji yang disebutkan tuhan di dalam surah Al-Hamzah ayat 1-6 yang bermaksud : ‘ Kecelakaan yang besar bagi tiap mencaci dan pencela yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitungnya, dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya dalam dunia ini, sesungguhnya tidak, bahkan dia akan dicampakkan ke dalam ‘Al-Khutamah’ (neraka) dan apa jalannya, engkau dapat mengetahui ‘Al-Khutamah’ itu?, Al-Khutamah ialah api Allah yang dinyalakan dengan perintahnya, yang naik menjulang kehati, sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka, mereka terikat disitu pada batang-batang palang yang melintang panjang.

src : http://www.al-azim.com/masjid/khutbah7.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites