Posts

Showing posts from June, 2008

Allah and Fate

Expert: Abo Muhammed Samir Faid Date: 1/13/2007 Subject: allah and fate Question Asslamoalequm, I have question rearding the fate set by allah. I have read much material about Allah and the decided fate but i am still a bit confused. My question is that Allah knows everything which is mentioned in the quran and allah has given free will to people to do things and decide what is good for them and bad......so if allah knows everything so why are we going to be judged if allah already knew what bad deed we would do..for e.g if i have to paths to go. One is the wrong one and one is the right one. if i goto the wrong one that means it was already written in my fate or allah already knew abt it , so why am i going to be punished?? I think that makes sense and i shall be waiting for your answer. FAIZAN. Answer Responding to the question you raised, Dr. Muzammil H. Siddiqi, former President of the Islamic Society of North America, states: “We do not use the word “fate” in Islam. The word “fate...

Lelaki Idaman Muslimah

Biarlah dia seorang yang buta Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya Biarlah dia seorang yang bisu Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran Biarlah dia seorang yang bakhil Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya Tetapi d...

Kisah cintaku

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan .aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan,kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang y...

Epilog Silam by Haikal

Epilog Silam - Haikal Dalam mengenang kisah hidup silam Ku sedar dari kesilapan lalu Tuhan beratnya dosa-dosaku Masihkah ada ampunan buatku Tuhan...Dalam menempuh hidup ini Banyaknya dugaan datang menguji Tuhan...Ada yang dapatku gagahi Dan ada yang gagal kuhindari Tuhan...Dosaku menggunung tinggi Tapi taubatku tak kutepati Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas Terlalu sedikit kubersyukur Kini kukembali pada-Mu Mengharap maghfirah dari-Mu Mogakan terampunlah dosa-dosaku Biarpun ujian melanda Ku tetap berkasih pada-Mu Kerna kuyakin kasih-Mu Kekal tiada sudahnya... Lagu : SM Ibrahim Lirik : SM Ibrahim Gubahan : Haikal Muzik : Ali Hj Yassin O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd S.P. : BMG Music Publishing src : http://liriknasyid.com

Hakikat Mati

Alia masih setia berada di sisi kubur ibubapanya,Abang dan kakaknya pulang awal pagi itu. Setiap pagi raya dia dan adik-beradiknya yang lain sudah menjadi kebiasaan untuk melawat pusara kedua ibu bapanya. Bukan tidak selalu melawat pusara ibubapanya,tetapi hari ini dia berasa perasaan yang cukup berlainan. Dia terlalu rindu pada kedua ibubapanya,terlalu rindu sehinggakan dirinya merintih pada Illahi. “Ya Allah,aku rindu pada ibu dan ayahku.Terlalu rindu ya Allah.Sehingga hari ini aku tak kuat untuk menghadapi kenyataan ini.Aku hamba yang lemah ya Allah.Bantulah aku,hiburkan lah aku ya Allah” Rintih Alia.Air mata laju mengalir di pipinya. Hatinya cukup pilu ketika itu. Dia mahukan dakapan mesra dan hangat dari kedua ibu bapanya. Dia rindu dengan ungkapan sayang dari kedua ibubapanya. Dia rindu pada pujukan ibunya dikala dia sedih. Dia rindu kata-kata semangat dari ayahnya,ketika dia berputus asa dalam kehidupan. Alia rindu segala-galanya. Tiba-tiba dirinya didakap abangya yang dari tadi...

Realiti Subuh Masa Kini

Kala Subuh - Hijjaz - Hijjaz Subuh.. Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun, kemerduan suara itu seolah-olah mendodoikan aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik, "Alangkah enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?" Biasa dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama syaitan.. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan me...

Dunia & Wanita Berpurdah

Suatu kisah... Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purda...

Belajarlah Berkata Cukup & Bersyukurlah

Allah Is Enough For Me - Zain Bhikha Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh. Minggu lepas saya sempat menonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu kere...

Lima Syarat Berbuat Maksiat

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata: "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut ...

Jangan, Jangan dan Jangan-Jangan..?

Jangan, jangan dan jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Jangan -jangan tertidur.Kalau tertidur lain cerita. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Jangan-jangan terbawa keluar najis,habis kotor seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah. Makruh kerana ia membahayakan. Jangan-jangan sumbing bibir kita. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan-jangan berkongsi makan dengan cik lipas dan cik tikus. Jangan tidur selepas subuh. Jangan-jangan rezeki kita di kebas orang. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. Jangan-jangan yang kenyang nafsu semata-mata. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Jangan-jangan kita mati dalam perjalanan. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Jangan-jangan kita dipandang tiga suku (tidak siuman) Jangan biarkan mata l...

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang. Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja. Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalia Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian, kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya denga...

Peribadi Islam

Image
1. Akidah yg sejahtera 2. Ibadah yg sahih 3. Sempurna akhlaknya 4. Menepati waktu 5. Manfaat kpd orang lain 6. Mampu berdikari 7. Tersusun dalam urusannya 8. Tubuh badan yg kuat 9. Berpengetahuan luas 10. Mujahadah melawan nafsu src : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1068

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki

1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ! 3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN ! 4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu se...

Aurat isteri tanggungjawab suami (Mohd Farid Ravi Abdullah)

SOALAN: Adakah suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya? JAWAPAN: Rumah tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata. Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t. Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain). Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6). Para ulama ketika...

Berbakti Kepada Ibu

Dari Muhammad bin Sirin diriwayatkan bahwa ia berkata :”Pada masa pemerintahan Utsman bin Affan, harga pokok kurma mencapai seribu dirham. Maka Usamah 1) mengambil dan menebang sebatang pokok kurma dan mencabut umbutnya, yakni bagian di ujung pangkal kurma berwarna putih, berlemak berbentuk seperti punuk unta, biasa dimakan bersama madu) lalu diberikannya kepada ibunya untuk dimakan. Orang-orang bertanya :”Apa yang menyebabkan engkau melakukan hal itu ? padahal engkau tahu bahwa pokok kurma kini harganya mencapai seribu dirham ?”. Beliau menjawab : ”Ibuku menghendakinya. Setiap ibuku menginginkan sesuatu yang mampu kudapatkan, aku pasti memberikannya” . Dari Abdullah bin Al-MUbarak diriwayatkan bahwa ia berkata :”Muhammad bin Al-Munkadir pernah berkata :”Umar (yakni saudaranya) suatu malam melakukan shalat, sementara aku memijit-mijit kaki ibuku. Aku tidak ingin kalau malamku kugunakan seperti malamnya” . Dari Ibnu Aun diriwayatkan bahwa ia berkata :”Seorang lelaki datang menemui Muham...

Nasyeed Songs

i have downloaded few songs from here : http://beemp3.com/download.php?file=694541&song=If+You+Ask+Me Here's one of my favourite song :

Taubat - Mudah atau Susah?

Seringkali kita mendengar tafsiran berbeza tentang taubat. Ada yang menganggap is sebagai satu level yang hanya perlu dibicarakan ketika usia pencen. Ada pula yang menyangka diri telah bertaubat tetapi sebenarnya tidak. Ada yang terlalu kecewa dengan dosa yang terlalu banyak lalu membuat keputusan bahawa taubatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT. Ada juga yang melatakkan syarat tertentu.. mesti buat itu dan buat ini barulah taubat akan sah atau diterima. Apa yang jelas daripada perkataan taubat ialah istilah 'kembali'. Kembali kepada asal kejadian iaitu mentaati Allah SWT. Ia mengandungi maksud meninggalkan kesalahan. Maka untuk bertaubat, tinggalkan perbuatan yang salah itu walaupun telah lama kita lakukan. Sebaik sahaja kita tinggalkan ia, maka kita sebenarnya telah bertaubat. Satu lagi makna yang terkandung dalam taubat ialah apa yang telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith riwayat Ahmad yang berbunyi : "Menyesal itu adalah taubat." Maka untu...

Dunia Tumpangan Sementara, Akhirat Jua yang Kekal Abadi

Hidup di dunia adalah menumpang buat sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia ini, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu. Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita ti...

Seruan Hidayah

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109). src : abumeow@yahoogroups.com

Batas-batas aurat dalam Islam

Assalaamu'alaikum Azan Dua MUKADDIMAH Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya. Kejadian "Ikan Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat. antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama. Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini. PENGERTIAN AURAT Aurat...

Cinta Agung

Ya Allah Engkau Tuhanku Tiada Tuhan melainkan Engkau Engkau cinta Agungku Nabi Muhammad pesuruh-Mu Ya Allah Engkau sumber bahagia Engkaulah Sumber keselamatan Ya Allah Engkau sumber keamanan Engkaulah segalanya Ya Allah Engkaulah pelindungku Engkaulah sumber rizkiku Di waktu sakit Kau sembuhkan Di waktu lapar Kau beri makan Ya Allah Engkau Cinta Agungku Cintaku haraplah dibalas Ya Allah Engkau Cinta Agungku Janganlah cintaku tidak dibalas Jangan biarkan ku tanpa pimpinan Pimpinlah aku ke jalan yang benar Kepada Engkaulah harapanku Janganlah hampakan perasaanku src : http://liriknasyid.com

Al-Hadith : Amalan Lelaki Di Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik, kemudian hadir solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan senyap, akan diampunkan dosa-dosanya di antara Jumaat itu dan Jumaat akan datang dengan tambahan tiga hari." Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com (Riwayat Muslim)

Al-Hadith : Amalan Sepanjang Tahun

Daripada Uthman Bin Affan r.a., bahawasanya beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada seorang muslim pun yang apabila masuk waktu solat fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk, khusyuk dan rukunya kecuali semua itu menjadi penghapus dosa-dosa sebelum itu selain dosa besar. Perkara ini wujud sepanjang tahun." (Sahih Muslim) Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com

Al-Hadith : Dua Belas Rakaat Ke Syurga

Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah bersabda, "Sesiapa yang sanggup menunaikan dua belas rakaat dalam sehari semalam akan masuk syurga,; empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Magrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum subuh." (Riwayat An Nasai, Sahih) Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com

Al-Hadith : Bacalah Al-Quran

Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. Bacalah dua surat yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya." (Riwayat Muslim) Subscribe to sabda_nabi-subscribe@yahoogroups.com

Memang e-mel daripada saya - Azmil Mustafa

Seperti ditulis dalam kolum Jarum Emas di Metro Ahad 15 Jun lalu, dinyatakan melalui catatan e-mel itu, Azmil bersama tiga anak berusia 15, 13 dan 7 tahun berada di Damsyik dalam usaha mendalami ilmu Allah sambil mempelajari bahasa al-Quran. Namun anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu mengalami masalah dek kenaikan harga minyak menyebabkan perbelanjaannya meningkat. Justeru, dia mencadangkan sesiapa yang dibukakan hatinya untuk membantu dengan menginfaqkan RM1 saja ke nombor akaun yang dicatatkan. "Jika ingin, buatlah sumbangan berterusan selama setahun atau setakat yang mampu. Cara paling mudah melakukannya dengan memberi 'standing order' atau memberi surat kepada bank anda untuk memasukkan jumlah RM1 kepada akaun yang tercatit," katanya dalam e-mel berkenaan. Menjelaskan perkara ini, Azmil yang ditemui di pejabat Harian Metro baru-baru ini mengakui dia ada menghantar e-mel berkenaan kepada hampir 20 rakannya dalam masa sebulan lalu, tetapi terkejut dan ti...