Posts

Showing posts from May, 2012

Temui hidayah lewat tragedi 9/11

Image
KISAH perjalanan mana-mana individu yang memeluk Islam, selalunya menarik dan unik untuk kita ketahui. Begitu jugalah kisah mualaf warga kulit putih dari Amerika Syarikat ini, Ibrahim Killington. Dia pada asalnya ingin mengkaji mengenai agama pagan atau animisme. Namun lain yang dikaji lain pula jadinya. Kajian itu membuatkan Ibrahim akhirnya bertemu cahaya dan menerima hidayah Islam, sekali gus terselamat daripada menganut fahaman animisme itu. Sebelum memeluk Islam, tabiat minum arak, dadah dan budaya hedonisme menjadi tuhan-tuhan yang disembahnya. "Seluruh tujuan hidup hanya untuk bersenang-senang, ketawa ria dan tidak ada yang lain, selain berfoya-foya. "Mungkin sampai mati begitulah gaya hidup yang menjadi amalan saya. Pergaulan dengan mereka yang memiliki kebiasaan yang sama, tentu sahaja tidak membuat diri ini menjadi lebih baik," katanya. Kejadian yang menggemparkan seluruh dunia, iaitu serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York pada 11 September 2001...