Posts

Showing posts from 2010

Summayah - Hijjaz

Dalam diri selembut sutra Kau memiliki iman yang teguh Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani Walau pun jasad-mu milik tuan Tetapi hati-mu milik Tuhan Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari Disuruh memilih iman atau kekufuran Samar jahiliah atau sinaran akidah Sabarlah keluarga Yasir Bagi-mu syurga disana Dan kau pun tega memilih syurga Walau terpaksa mengorban nyawa Lalu tombak yang tajam menikam Jasad-mu yang tiada bermaya Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah Tangan yang disangka lembut menghayun buaian Mengoncang dunia mencipta sejarah Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya Kaulah wanita terbaik Sebaik manusia Nama-mu tetap menjadi sejarah Tajuk Nasyid : Sumayyah Artis : Hijjaz Album : Jalan Bahagia src : http://liriknasyid.net/hijjaz-sumayyah

Kanak-kanak berusia 3 thn Hafaz Al Quran

Takbir Hari Raya - Allahyarham Ustaz Asri

Menghayati makna korban sebenar

Image
Oleh KETUA EDITOR Umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha). Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Melaksanakan korban (yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyah) adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad s.a.w. Kita amat gembira melihat banyaknya kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak demi mengharapkan keredaan Allah s.w.t. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah s.w.t dan usah sekali-kali ia dilakukan untuk lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih daripada itu, berkorban itu biarlah bena

Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata kosong

Image
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia. HIKMAH DIAM 1. Sebagai ibadah tanpa bersuah payah 2. Perhiasan tanpa berhias 3. Kehebatan tanpa kerajaan 4. Benteng tanpa pagar 5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepadaorang 6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal 7. Menutupi segala aibHadis-hadis Rasullullah mengenaikelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah sil

Balasan Melewatkan Waktu Solat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah. Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang se

Awasi Islamic Fashion Show

Image
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini. Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam. Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :- * Kita melihat bagaimana kewangan dan

Turn to Allah

Image
It was Halloween night. I made plans with my friends Omar and Malik to go watch SAW 3 at a nearby theatre in Santa Monica, California. We were running late and I realized that I had not prayed Isha but I didnt say anything because I did not want to upset the mood. “Ill just pray afterwards,” I told myself. I only lived 26 years. My 27th birthday was exactly two weeks away. I always imagined I would live long. At least until age 60. It just wasn’t imaginable that I would have such a sudden, unexpected death. I graduated from the University of Southern California three years earlier with a degree that means absolutely nothing right now. Shortly after, I landed a job as the marketing director of a major clothing company. Aside from the usual life problems, I was living a normal life. My girlfriend of 4 years was starting to pressure me into us getting a place together. I knew I wasn’t supposed to have a girlfriend in the first place but I enjoyed her company and friendship. I wasn’t ready

Koleksi Kata-Kata Hikmah

Image
# Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka) # Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle) # Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle) # Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman) # Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka) # Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka) # Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka) # Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali) # Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang

Adakah Hukum Karma dalam Islam?

Image
Seorang teman baru saja bercerita bahwa putranya wafat dalam usia 8 tahun tanpa sempat menikmati kehidupan seperti layaknya anak-anak. Sejak lahir sang putra tidak memiliki tulang belakang yang menyangga tubuh sehingga tak mampu duduk apalagi berdiri. Sepanjang hidup, putranya hanya berbaring di tempat tidur. Jika pun ingin duduk harus menyandar pada orang dewasa. Jika bepergian cukup digendong sebagaimana kita menggendong ransel. Saya tentu saja merasa sangat prihatin mendengar ceritanya. Tapi saya kemudian menjadi terkejut ketika teman ini bertanya “Apakah ada yang namanya hukum karma dalam Islam?”. Tentu ini bukan pertanyaan mudah karena saya bukan seorang ahli agama Islam. Sepanjang pengetahuan saya, hukum karma dipercaya teman-teman yang beragama Hindu. Saya mencoba bertanya balik mengapa teman saya sampai pada pertanyaan itu. Katanya, sejak sebelum menikah dia sudah minta suaminya berusaha mencari pekerjaan lain karena status suami yang seorang penentu proyek pada sebuah instansi

Akhlak Umpama Bunga

Image
Bajailah akhlaq, pupuklah khuluq..moga akan tersirna seorang insan yang kental iman dan taqwanya... Bila bercakap tentang sekuntum mawar, bayangan indah, harum akan tergambar di benak kalangan kita. Mawar adalah sekuntum bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua suka. Cuma kekadang lelaki agak egois untuk mengakuinya. Biasalah... kan guys?! Gimme five!! Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang ni. Lain manusia lain sifat dan perangainya, kan? Tapi walau apapun manusia, mereka tetap punyai fitrah yang sama. Mungkin kulit mereka tak sama, atau jam tangan mereka tak serupa, tetapi fitrah mereka sama dan serupa. Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai oleh setiap orang. Lihatnya pun dah sejuk hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan luas-luas untuk

Antara Sombong..Bongkak..Angkuh Dan Takbur ..

Image
Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga. Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60) Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain. Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar. Takbur batin adalah membesarkan diri dal

Biar miskin harta jangan miskin jiwa

Image
Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan. Begitu ramai penghibur yang bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakan gembira apabila melihat pertunjukannya, tetapi dia sendiri tidak bahagia. Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan. Sesungguhnya keseronokan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Sesiapa yang kita lihat Allah tidak merezekikan kepadanya keseronokan atau kegembiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa. Maha luas kurniaan Allah, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa, tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan. Bukan semestinya seorang raja, presiden, perdana menteri dan menteri itu lebih bahagia perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak dipagari pengawal, tidak dik

The fire of Jahanam

Image
The fire of Jahanam will not touch the person who recites : "Allahumma ajirni minan naar" 7 times after fajr & magraib salaat before talking to anyone If you choose to forward it.. It will be Sadqa-e-jaria inshallah .. 8 ways To earn Even After Death. 1) Give a copy of the Qur'an to someone. Every time they read from it, U gain. 2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time a sick person uses it, U gain. 3)Teach someone to recite a Dua. 4) Share a Qur'anic CD. 5) Participate in building a Masjid. 6) Place water cooler in a public place. 7) Plant a tree. U gain whenever a person or animal sits in its shade or eats frm it. 8) Share this msg with ppl. If even One person applies any of the above you gain... src : facebook wall post

Mencari Ketenangan Hati Atau Jiwa

Image
Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif. Memang hakikat pencipaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesunggu

Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak

Image
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang

Memahami makna Aidilfitri

Image
Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia. Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraa