Posts

Showing posts from December, 2009

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT

Image
Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin Panel Penulis JAKIM Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenang...

Segala Puji BagiMu...

Image
Segala puji bagi-MU, YA ALLAH.. yang pertama..tanpa ada yang mengawalnya... yang terakhir..tanpa ada yang mengakhiri... yang tak terlihat oleh pandangan orang yg memandang... yang tak tergambarkan oleh bayang..orang yang membayangkan.. ENGKAU ciptakan makhluk dengan kekuasaan-MU ENGKAU ciptakan segala sesuatu dengan kehendak-MU Segala puji YA ALLAH... yang memberi kami kemampuan utk mensyukuri nikmat-MU yang membuka bagaikan pintu-pintu ilmu ke-ilahi-an-MU Segala puji YA ALLAH.. dengan segenap pujian..yang dikumandangkan.. para malaikat,dan para makhluk yang dimuliakan.... Segala puji bagi-MU... atas nikmat yang KAU berikan.. kepada kami,hamba-hamba yang telah mendahului...maupun yang akan datang kemudian... pujian kami aturkan kepada-MU..sebagai penghubung utk mentaati-MU.. dan meminta ampunan..sebagai penyebab memperolehi redho penghantar jalan menuju syurga... Segala puji bagi-MU YA ALLAH... KAU ciptakan kami sebagai hamba-MU... dan sebagai ummat NABI MUHAMMAD S.A.W. , kekasih-MU......

Kembali pada Mu…

Image
Kembali pada Mu… Alangkah susahnya mendidik hati... Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan... Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan... Alangkah susahnya mendidik hati... Bila dipuji sombong mengisi diri... Bila diuji pencaci dibenci... Hingga berdendam sampai mati... Didiklah hati... Menuju jalan kebenaran... Demi mencari redha Ilahi... Allahu ma'i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi... Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan, Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan, Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan, Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.. Sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikanny...

Taubat

Image
" Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. ( Taubat Nasuha) mudah-mudahan Tuhan akan menghapuskan dosa-dosa kamu dan akan memasukkan kamu didalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya…" AT-Tahrim ayat 8. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Azawajala membuka lebar tangan untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan di waktu malam hingga kesiang hari, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat waktu siang hingga malamnya, sehingga sampai terbit matahari di sebelah barat (yakni apabila pintu taubat telah tertutup). 1. Taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. 2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : ” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”. ( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 ) 3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut : Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut. ...

Sifat-sifat Mazmumah

Image
1. Syarrut ta‘am (banyak makan) Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir. 2. Syarrul kalam (banyak bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah) Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-hakn...

Mengumpat, dengki dan sombong

Image
Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan perbuatan begini. Dan usahlah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya. Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah, hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu. Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri. Firman ALLAH yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana ...

Mengapa kita disuruh berdoa?

Image
Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim] Sebaik-baik doa yang perlu engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa yang Allah perintahkan kepadamu. (Ibnu Athaillah) Doa yang perlu dipohonkan pada Allah adalah supaya minta di- kuatkan iman, diberi ketaatan pada semua perintah dan larangan, serta istigamah dalam pengabdian. Dan juga untuk meminta rahmat dan redha Allah. Inilah cita-cita tertinggi yang perlu dimiliki seorang Muslim. Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersama rezeki yang Allah curahkan kepada kita jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersama kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Cuma kerana, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyadari besarnya kurnia tersebut. Saat ki...

Mengumpat & Fitnah

Image
Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai: Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12) RasulAllah SAW bersabda; Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain. Baginda SAW juga bersabda; Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya. Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya). Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya; Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya. Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya; Mengumpat itu me...

Menghitung Dosa

Image
HADIS QUDSI Allah 'Azza Wa Jalla berfirman: 1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya. 2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau. 3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki. 4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar. 5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau. 6....