Posts

Showing posts from 2009

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT

Image
Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin Panel Penulis JAKIM Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenang

Segala Puji BagiMu...

Image
Segala puji bagi-MU, YA ALLAH.. yang pertama..tanpa ada yang mengawalnya... yang terakhir..tanpa ada yang mengakhiri... yang tak terlihat oleh pandangan orang yg memandang... yang tak tergambarkan oleh bayang..orang yang membayangkan.. ENGKAU ciptakan makhluk dengan kekuasaan-MU ENGKAU ciptakan segala sesuatu dengan kehendak-MU Segala puji YA ALLAH... yang memberi kami kemampuan utk mensyukuri nikmat-MU yang membuka bagaikan pintu-pintu ilmu ke-ilahi-an-MU Segala puji YA ALLAH.. dengan segenap pujian..yang dikumandangkan.. para malaikat,dan para makhluk yang dimuliakan.... Segala puji bagi-MU... atas nikmat yang KAU berikan.. kepada kami,hamba-hamba yang telah mendahului...maupun yang akan datang kemudian... pujian kami aturkan kepada-MU..sebagai penghubung utk mentaati-MU.. dan meminta ampunan..sebagai penyebab memperolehi redho penghantar jalan menuju syurga... Segala puji bagi-MU YA ALLAH... KAU ciptakan kami sebagai hamba-MU... dan sebagai ummat NABI MUHAMMAD S.A.W. , kekasih-MU...

Kembali pada Mu…

Image
Kembali pada Mu… Alangkah susahnya mendidik hati... Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan... Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan... Alangkah susahnya mendidik hati... Bila dipuji sombong mengisi diri... Bila diuji pencaci dibenci... Hingga berdendam sampai mati... Didiklah hati... Menuju jalan kebenaran... Demi mencari redha Ilahi... Allahu ma'i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi... Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan, Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan, Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan, Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.. Sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikanny

Taubat

Image
" Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. ( Taubat Nasuha) mudah-mudahan Tuhan akan menghapuskan dosa-dosa kamu dan akan memasukkan kamu didalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya…" AT-Tahrim ayat 8. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Azawajala membuka lebar tangan untuk menerima taubat orang-orang yang melakukan kejahatan di waktu malam hingga kesiang hari, dan menerima taubat orang yang berbuat jahat waktu siang hingga malamnya, sehingga sampai terbit matahari di sebelah barat (yakni apabila pintu taubat telah tertutup). 1. Taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. 2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : ” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ”. ( Surah Al – Muzammil - Ayat 20 ) 3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut : Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.

Sifat-sifat Mazmumah

Image
1. Syarrut ta‘am (banyak makan) Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir. 2. Syarrul kalam (banyak bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah) Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-hakn

Mengumpat, dengki dan sombong

Image
Mengumpat adalah perbuatan yang tercemar, semua manusia ada celanya. Seperti diri kita sendiri tidak suka diumpat dibelakang. Peliharalah lidah dari membicara keaiban orang lain samada dikenali atau tidak. Juga jauhi perkara yang sebangsa dengannya iaitu menfitnah, membusukan orang lain. Jangan mengotori diri dengan perbuatan begini. Dan usahlah merasa iri hati terhadap teman yang mendapat kurnia dari ALLAH yang telah dilimpahkan ALLAH terhadapnya. Tidak ada faedah terhadap diri kita, apa yang dapat hanya terasa jiwa yang resah, hati dibaluti selimut kekotoran. Merupakan lambang betapa jeleknya seseorang itu. Kenikmatan orang lain tidak akan berpindah pada kepada kita. Kedengkian itu dapat merosakkan iman, bagaikan badam merosak madu. Begitu juga dengan bersikap sombong selalu menyakiti orang yang paling dicintai iaitu diri sendiri. Firman ALLAH yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana

Mengapa kita disuruh berdoa?

Image
Dari Ali RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi. [Hadis Riwayat Hakim] Sebaik-baik doa yang perlu engkau panjatkan kepada Allah, adalah apa yang Allah perintahkan kepadamu. (Ibnu Athaillah) Doa yang perlu dipohonkan pada Allah adalah supaya minta di- kuatkan iman, diberi ketaatan pada semua perintah dan larangan, serta istigamah dalam pengabdian. Dan juga untuk meminta rahmat dan redha Allah. Inilah cita-cita tertinggi yang perlu dimiliki seorang Muslim. Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebenarnya jauh lebih besar daripada nikmat yang kita minta. Saat kita meminta rezeki, pada saat bersama rezeki yang Allah curahkan kepada kita jauh lebih melimpah. Saat kita meminta kebaikan, pada saat bersama kebaikan yang Allah berikan jauh lebih banyak dari yang kita duga. Cuma kerana, keterbatasan ilmu dan ketertutupan mata hati, membuat kita jarang menyadari besarnya kurnia tersebut. Saat ki

Mengumpat & Fitnah

Image
Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai: Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)? (Quran surah al-Hujurat, ayat 12) RasulAllah SAW bersabda; Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain. Baginda SAW juga bersabda; Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya. Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya). Telah bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya; Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya. Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya; Mengumpat itu me

Menghitung Dosa

Image
HADIS QUDSI Allah 'Azza Wa Jalla berfirman: 1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya. 2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau. 3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki. 4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar. 5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau. 6.

Dance Floor Collapsed @ Wedding Party

Original Report from 2001: At least 20 people have been killed and hundreds have been injured at a wedding party in Jerusalem after the dance floor collapsed. Guests were left clinging to the sides of the Versailles wedding hall when the third floor suddenly gave way at about 2245 local time and crashed through two storeys below. There were nearly 700 guests in the building, which is in the indu More..strial Talpiot area of Jerusalem. Many were left trapped by the falling rubble which left a gaping hole through the centre of the building. Reports say about 250 people have been taken to hospital but rescuers say there are signs of life beneath the debris. A special Israeli army rescue unit is at the scene.The father of the groom, Zion Dror, said: "We were dancing, and all of a sudden three storeys collapsed. My family is fine, thank God." The bride, Keren Dror, who was standing with the groom in the centre of a circle of dancers fell with him when the floor collapsed. She is r

Nafkah Batin - Bukan Hanya Keperluan Seks

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja. Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu. Bila

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Al-Quran...masyaAllah

Bismillah Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad Salamun 'alaikum Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurâan! Demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut: 17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. 17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz). 8.52

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?

Image
Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja? Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu. Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?” Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1] Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang

Warkah Buat Calon Suami

Image
Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya… “Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. Calon zaujku, ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya a

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Image
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain. Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membu

Jodoh Yang Baik

Image
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun,

Untuk renungan...

Image
Untuk renungan semua, Siapakah orang yang SIBUK ? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang MANIS senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang KAYA ? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang MISKIN ? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. Siapakah orang yang RUGI ? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling CANTIK ? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai AK

BACALAH YASSIN

Assalammualaikum, RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu: 1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.. . 8.. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. . 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 12. S

Memang Allah sengaja...

Image
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA. * memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH. * me

Wanita memang istimewa...

Image
Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isteriny

Peruntuh masjid peluk Islam

Image
Susunan SITI AINIZA KAMSARI BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu. Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India. Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu. Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau mem

Senaman dalam bulan puasa

Image
Bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa. PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani. Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan. Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf. Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak

Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan

Image
Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa. Bahawa hadis Nabi menyebut: "Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga." Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya." Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir. Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang sosial, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan a

Berbuka Puasa Mengikut Sunnah

Image
oleh : Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Sumber: Buletin Al-Khadeem Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah: a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w. Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala. (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010. Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743. Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya