Kelebihan Sembahyang Tarawih


More RAMADHAN graphics


MALAM 1:
Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia baru lahir, dengan lain perkataan dosanya diampunkan Allah.

MALAM 2:
Diampunkan dosa orang yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapanya sekiranya kedua mereka orang yang beriman.

MALAM 3:

Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

MALAM 4:

Dapat pahala ia sebagaimana pahala orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Qur'an.

MALAM 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Al-Aqsa.

MALAM 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

MALAM 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

MALAM 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

MALAM 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

MALAM 10:

Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

MALAM 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

MALAM 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya ibadatnya).

MALAM 13:

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

MALAM 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

MALAM 15:

Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

MALAM 16:
Allah Subhanahu Wata'ala tuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

MALAM 17:
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

MALAM 18:
Seru Malaikat, "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

MALAM 19:
Allah Subhanahu Wata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

MALAM 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

MALAM 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

MALAM 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

MALAM 23:
Allah Subhanahu Wata'ala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga.

MALAM 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

MALAM 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

MALAM 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

MALAM 27:
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

MALAM 28:
Allah Subhanahu Wata'ala akan darjatnya 1000 darjat di akhirat.

MALAM 29:
Allah Subhanahu Wata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

MALAM 30:
Allah beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

src : http://shw.fotopages.com/15997992/Solat-Terawih.html

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT