Doa Munajat (Akhil Hayy)



Wahai Allah...
Wahai zat yang Maha Agung kemuliaannNya
dan sentiasa memiliki ketinggian
wahai Penguasa khazanah yang tidak akan kehabisan
dan Pencipta arasy Mu yang agong
wahai yang memiliki sifat yang sempurna
dan yang menunaikan segala permintaan

Jika Kau mengkehendaki
maka dengan sekelip mata pun
Kau boleh mendatangkan taufan
yang mana lautan pun malu melihatnya
dan jika Kau mengkehendaki seluruh makhluk ini
Kau boleh tempatkan dalam tempat yang sebesar zarah
dengan ucapan "KUN"

sesuatu yang tiada
Dikau boleh wujudkan
bagiMu tiada suatu pun pekerjaan yang sukar
Ya Allah...
wahai Allah bersihkan dan hapuskanlah
kekotoran zahir dan batin kami
dengan kesempurnaan keampunanMu
dan lautan kemaafanMu
Ya Allah...

kurniakanlah kepada kami
pakaian zuhud dan taqwa
mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah
dengan bersih dan nyata
jadikanlah maksud kehidupan kami
untuk meninggikan dan mengharumkan
agama Muhammad SAW

jadikanlah kami sebagai mentari ilmu
dan Kau jadikanlah amalan-amalan
dan kebaikan kami sempurna
yakni menjadi sumber hidayah kepada kami

dan orang-orang ynag bertakwa juga
akan memilih jalan amalan soleh
demi sinar kecemerlangan
dan jadikanlah kami seumpama mata air
yang mengairi Taman Islam di musim gugur
sehingga ke hari kiamat

wahai Tuhan semesta alam
dalam kehidupan yang sesingkat ini
ambillah kerja-kerja dari kami
perkara yang perlu dikerjakan di sini
dan peliharakanlah kami
Ya Allah...
dari perkara-perkara yang tidak perlu dikerjakan disini

bagi hari-hari kehidupan kami
yang mana kami telah melaluinya
dengan lalai dan leka
jadikan sesuatu yang dapat mengganti kerugiannya
wahai Allah...

kurniakanalah kami
dengan kecintaan terhadap iman
dan hiaskanlah ia di dalam hati kami
campakkanlah rasa takut dalam hati kamu
terhadap kekufuran
Ya Allah...
terhadap dosa
dan terhadap durhaka

dan jadikanlah kami orang-orang
yang memperoleh hidayah
dan hamba-hamba yang bersyukur
Ya Allah...
supaya ketika waktu kami mati
dan di dalam kubur
dan di hari kiamat annti
kami bersukacita dan gembira
dan jannatul firdaus menjadi tempat kami
Ya Allah...

Wahai Allah...
jadikanlah kami sebagai gunung ilmu dan amal
ayang mana di hadapan taufan kekufuran
dan kesyirikan pun
tidak akan dapat meruntuhkannya
dan ianya menjadi pukulan
bagi menghapuskan segala bidaah
Ya Allah...

dan ambillah dari kami sebarang khidmat
untuk membantu agama Muhammad SAW
yang akan menjadi sedekah yg berterusan
dan menjadi sumber keselamatan di hari kiamat
Ya Allah...

wahai Allah...
daku bukanlah ahli jannatul firdausMu
dan tiadalah kekuatanku mengatasi api nerakaMu
Ya Allah...
dan berikanlah aku taufik untuk bertaubat
dan ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah....
Ampunkanlah Ya Allah...
Ampunkanlah Ya Allah...

kerana sesungguhnya Dikau
adalah Pengampun segala dosa-dosa yang besar
Ya Allah...
Ya Allah...
Ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT