4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers


PERNAHKAH anda bermimpi? Bagaimana, jika ia mimpi sedih atau gembira? Malah, ada yang tidak bermimpi, hanya buat-buat cerita.

Ada orang berkata, mimpi hanya mainan tidur atau sekadar aktiviti roh yang tidak ada kaitan dengan kehidupan. Tetapi Islam sebagai agama sempurna, memimpin penganutnya dan mengajar kaedah untuk menanggapi persoalan mimpi.

Mimpi sebenarnya ada di dalam syariat, malah selepas nabi mendapat wahyu daripada mimpi seperti mimpi Nabi Ib rahim a.s ketika turunnya syariat korban, yang dinyatakan oleh Allah dalam surah as Saaffaat, ayat 102, maksudnya:

“Apabila anaknya itu sampai umur yang membolehkan dia berusaha bersama dengannya, berkata Ibrahim: Wahai anak ku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan dapati daku dari orang yang sabar.”

Begitu juga mimpi mengenai kenabian Nabi Yusuf a.s yang disebut ayat 4 hingga 6 dalam surah Yusuf, maksudnya: “(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.

Bapanya berkata: Wahai anakku! Janganlah engkau ce ritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu ta’bir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Yaqub seba gaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenek mu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Begitu juga perkhabaran mengenai kejayaan Nabi Mu hammad s.a.w memasuki Makkah. Dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Fath, ayat 207, maksudnya: “Sesungguhnya! Allah membenarkan Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan sebenarnya; iaitu bahawa kamu akan memasuki Masjid Al-Haraam Insya-Allah dengan aman; mencukur kepalamu, dan menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut, kerana Ia mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia sediakan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.”

Dalam sejarah, sebenarnya banyak lagi perkhabaran melalui mimpi, kemudian menjadi kenyataan, seperti mimpi Nabi Yusuf yang mentafsir mimpi raja Mesir dalam surah Yusuf, ayat 43 hingga 49, maksudnya:

“Dan raja Mesir berkata: Sesungguhnya aku mimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menta’birkan mimpi.

Mereka menjawab: Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur-aduk, dan kami bukanlah orang yang me ngetahui mimpi-mimpi itu.

Dan berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan teringat akan Yusuf sesudah beberapa waktu: Aku akan memberitahu kepada kamu akan orang yang pandai menta’birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi kepadanya.

Yusuf, wahai orang yang benar! Ta’birkanlah kepada kami tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai biji-bijian yang hijau dan yang lain kering; supaya aku kembali kepada orang yang me ngutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta’birnya.

Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih.

Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.”

Kepada manusia biasa, Rasulullah s.a.w bersabda (mak sudnya); mimpi yang benar daripada Allah, mimpi buruk daripada syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah, dalam Islam juga mimpi menjadi tanda bermula kewajipan seseorang menunaikan syariat iaitu mimpi baligh (sampai umur). Apabila seseorang kanak-kanak bermimpi hingga keluar mani, tanda dia sudah baligh dan kewajipan solat, malah semua rukun Islam seperti orang dewasa.

Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab merisik-risik anaknya yang baligh, sebab kadangkala anak malu untuk bercerita.

Begitu juga mimpi solat istikharah pada mereka yang ingin mendapat petunjuk dalam membuat pilihan. Kadang-kadang jawapan datang dalam mimpi.

Bolehkah percaya pada mimpi? Anda boleh percaya pada mimpi sebagai satu perkhabaran gembira, tetapi ingat, mimpi tidak terlepas daripada pengaruh syaitan, yang kerjanya menipu dan menghiasi perbuatan kotor seolah-olah baik.

Contohnya, pandai berkenalan dengan perempuan yang bukan mahram melalui ruangan sembang (chat). Syaitan akan meniupkan bisikan dan pengaruh anda dalam mimpi, ke mudian mendorong anda melakukan maksiat. Kemudian, anda beriya-iya mencari nombor ekor, kemudian terbayang dalam mimpi.

Ada juga mimpi dianugerahi Allah pada mereka yang akan mendapat hidayah, seperti mimpi mendengar azan, seorang bukan Muslim akhirnya memeluk Islam.

Sahabat Nabi s.a.w, Abdullah bin Salam masuk Islam kerana mimpi sudah masuk Islam. Kemudian, Said bin As mimpi bapanya mendorongnya ke neraka, tetapi selepas itu ber mimpi Rasulullah s.a.w menarik pinggangnya dan keeso kannya dia masuk Islam.

Melalui perbincangan di atas, ada mimpi baik dan mimpi buruk. Bagaimana untuk mendapat mimpi baik? Untuk mendapat mimpi baik, seorang Muslim mesti berakhlak baik dan bercakap benar, sebab Nabi s.a.w mengatakan, semakin benar orang itu, semakin benar mimpinya.

Pastikan tidur dalam keadaan berwuduk, berdoa sebelum tidur, membaca al-Quran sebelum tidur dan berzikir (ingat Allah) sehingga terlena. Tetapi mimpi bukan sumber hukum.

src : http://www.hmetro.com.my/ (AdDin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites