Spiritual-Emosi dan Mental-Fizikal

Dalam CVT, ada 4 perkara yang menjadi asas kepada semua teori dan kaedah perawatan kami. Inilah yang kami anggap sebagai kesatuan 4 atom yang mendominasi penciptaan manusia sebagai ciptaan Allah yang paling sempurna. 4 atom ini ialah nitrogen, oksigen, hidrogen dan karbon. Inilah komposisi utama unsur-unsur dalam binaan sel-sel tubuh. Selebihnya adalah unsur-unsur surih seperti Kalium, Mangnesium, Kalsium serta unsur ultra surih seperti Zink, Ferum, Kuprum dan lain-lain.

Seterusnya kami cuba mencari kesamaan atau lebih tepat lagi kerelatifan antara 4 unsur utama ini dengan beberapa konsep kehidupan dan elemen-elemen fizik yang lain. Hasilnya kami membuat kesimpulan bahawa atom nitrogen bertindak mengawal tahap semangat atau spiritual level seseorang, oksigen pada tahap emosi, hidrogen pada tahap mental dan karbon pada tahap fizikal. Spiritual sudah semestinya menguasai emosi seseorang dan seterusnya mempengaruhi mental dan fizikal.

Seorang kawan memberikan analogi yang sangat baik bagaimana kita dapat memahami kenapa spiritual mengatasi emosi dan seterusnya mental dan fizikal. Analogi ini ialah berdasarkan pengalamannya sendiri dalam sebuah pasukan bola sepak. Dalam satu perlawanan bola, team A dan team B di mana team A sudah mendahului dengan 5-0. Masa mungkin sudah tinggal tak sampai 10 minit. Dari segi fizikal, team B mungkin sudah boleh dikatakan akan kalah. Kesemua mereka keletihan dan ditambah lagi dengan kekurangan pemain. Jadi dari segi logik (Mental), mereka sudah pasti akan kalah. Senyuman sinis pihak lawan dan sorakan mengejek para penonton pula pasti meruntun jiwa mereka (Emosi) yang sudah pasti amat tertekan dalam keadaan sekarang.

Jadi dalam keadaan sekarang, yang hanya akan menentukan nasib team B ialah semangat atau tahap spiritual mereka. Sekiranya semangat dan keazaman untuk menang masih dapat dibina, tidak mustahil untuk mereka membuat pusingan 180 darjah dan merubah keadaan untuk memihak kepada mereka. Inilah yang dianggap spiritual mengatasi emosi, mental dan fizikal seseorang.

Keadaan yang sama sering berlaku kepada pesakit-pesakit yang datang membuat rawatan kat sini. Kebanyakan mereka terutama yang kronik sudah hilang arah. Keazaman atau semangat akan menentukan arah atau magnitud perlakuan seseorang. Pada masa ini, bukan formulasi atau ubat-ubatan yang perlu di dahulukan tapi betulkan dulu arah atau magnitud beliau. Seseorang yang sakit perlu redha terlebih dahulu dengan ketentuan yang ditetapkan untuknya. Kerelatifan redha ialah pada atom karbon atau rahsia bumi/tanah. Sebagaimana kelebihan voltan dalam arus elektrik perlu dibumikan, malapetaka yang menimpa kita juga perlu dibumikan yang terletak pada rahsia redha pada atom karbon.

Dengan redha sajalah, kita dapat membuat pusingan baru dalam kehidupan kita dengan kembali menetapkan arah tujuan dan membina semula magnitud atau gelombang pencetus kehidupan kita.

Nitrogen -> Oksigen -> Hidrogen -> Karbon
Spiritual -> Emosi -> Mental -> Fizikal
Magnitud -> Amplitud -> Frekuensi -> Resonans
Imun -> Antibodi -> Hormon -> Enzim
Sikap/Karakter -> Simptom -> Bio-kimia -> Penyakit
Tenang -> Sabar -> Ikhlas -> Redha
Yakin -> Buat -> Ilmu/Ulangan/Istiqamah -> Zahir
Syariat -> Tareqat -> Hakikat -> Makrifat

Inilah antara kerelatifan yang dapat diungkai daripada dominasi 4 atom dalam konsep penciptaan manusia. Insya Allah di masa akan datang aku akan cuba huraikan konsep-konsep ini pula.

src : http://www.smach.net/blog/1

Comments

Popular posts from this blog

Doa Haikal dan khasiatnya

Kalau nak senang bangun malam...

JENIS-JENIS SOLAT