4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers


DALAM bulan Syaaban, terdapat satu malam yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban' iaitu malam yang mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing kabilah bani Kalib.''

Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.''

Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: Siapa yang mohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu … adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wata'ala) sehingga terbitnya fajar Subuh."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit.".

Di negara kita sendiri, apabila tiba malam Nisfu Syaaban orang ramai digalakkan menghadirkan diri memakmurkan masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi merebut keistimewaan malam tersebut dengan memperbanyakkan dan meningkatkan amalan. Sekarang ini, cara umat Islam menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan membaca Surah Yaa Siin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaa Siin, dibaca doa. Pada bacaan Surah Yaa Siin pertama, diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua, diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Oleh itu janganlah kita leka dan lalai dengan kesibukan urusan duniawi semata-mata seperti urusan kerja, pejabat, sekolah, keluarga dan sebagainya sehingga tidak langsung merebut keistimewaan di bulan Syaaban ini khususnya malam Nisfu Syaaban.

src : http://busyralana.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites