4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk bersolat. Tahukah anda setiap perkara dan perbuatan dalam solat itu ada rahsia dan hikmahnya?

1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.

8. Duduk Antara Dua Sujud (awal)
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9. Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

10. Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nakir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkan anda menunaikan solat? Solat itu tiang agama. Tanpa solat, runtuhlah agama anda. Dan solat itu juga yang membezakan antara kita dan orang kafir.

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites