4ayesha

Daripada ABU HURAIRAH r.a, RasuluLLah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada hidayah, maka baginya pahala sebanyak pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang mengikutnya tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka." Diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab al-'Ilm (2674), Imam Malik dalam Muattha'(2674), Ahmad (9171), Abu Dawud (4609), Turmudzi (2674), ad-Darimi (513), ibnu Majah (206), ibnu Hibban (112), al-Bagahwi (109)

Followers

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." [An-Naml : 40]

Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dari teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti, teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology (Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak "dipindahkan". Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

src : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1055

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contributors

 **Note:

For those who wants to use or spread contents in this blog, please proceed without my permission. Shukran Jazilan.

Blog Archive

geocounter

Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

BlogTopSites