PISANG @ BANANA
This news is regarding to Sufiah.. I agree with PISANG.
And i like pisang emas.
And pantun pisang i like also. he he he
Please read the article.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Peristiwa bagai dirancangOleh TUAN ASRI TUAN HUSSEINasri@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Apabila sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) atau Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam, bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, daripada kancah pelacuran, maklum balas berbeza diterima daripada pelbagai pihak.Ada yang menyokong dan ada juga menentang. Bagi yang menentang, alasan diberi ialah mengapa kita rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Sufiah, sedangkan ramai lagi 'Sufiah' di Malaysia tidak pernah diberi perhatian.Turut dipersoalkan ialah kewarganegaraan Sufiah, 23, kerana wanita itu secara rasminya bukan warga Malaysia tapi cuma emaknya, Halimahton Yusof berasal dari Malaysia.Begitupun, anggota Pisang, Hanafi Abdul Malek, yang ada di London sejak 22 April lalu dalam misi menyelamatkan Sufiah, meminta masyarakat Melayu Islam di Malaysia berpandangan lebih jauh dan jangan mudah membuat tuduhan melulu.
"Sebenarnya ini bukan sekadar soal seorang gadis bernama Sufiah, tapi ia soal Islam yang dihina dan diperlekehkan. Bagi saya, apa yang berlaku ke atas Sufiah adalah agenda terancang pihak Barat untuk menjatuhkan maruah Islam.
"Kita juga tidak sepatutnya dengan mudah menyalahkan ibu Sufiah, kononnya dia tidak pandai menjaga anak."Hakikatnya, apa yang berlaku ke atas ibu Sufiah juga boleh berlaku ke atas ibu lain di Malaysia, biarpun anak mereka tidak ada di London," katanya melalui e-mel kepada Metro Ahad.Berikut adalah kandungan penuh e-mel Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) untuk renungan masyarakat Melayu Islam di Malaysia:"Assalamualaikum. Saya sekarang ada di United Kingdom (UK) bersama rakan, Trimizi Zainal dan Nor Azian Ab Rahman yang bekerjasama dengan Persatuan Melayu UK dalam usaha mencari dan menyelamatkan Sufiah.Kami lakukan ini kerana menjalankan tanggungjawab yang Allah perintahkan kepada umat Islam, apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu ubah dengan tangan (kuasa), lidah (lisan) dan hati (paling lemah).Apa yang kita buat bila kita dengar kes Sufiah. Kita marah, kita maki, kita sedih dan kita hina, tapi apa yang kita buat? Kita hanya membuat hukuman pada perkara yang tak pasti.Salah didik anaklah, salah itulah, salah inilah, macamlah kita tak ada salah. Mungkin betul, mungkin salah, mungkin berdosa, tapi jangan kita maki sebelum kita doa. Jangan kita hina sebelum kita cuba lakukan sesuatu.Salahkah, berdosakah kalau kita buat solat hajat dan kita berdoa. Ingat, Allah itu adil. Hari ini kita kata pada orang. Esok bila Allah uji kita, baru tahu tinggi rendahnya langit.Buat pengetahuan semua, saya sudah bertemu emak Sufiah, seorang ibu yang menitikberatkan soal agama dan sangat pengasih.Dia kini kesedihan dan tertekan dengan pihak tertentu yang sentiasa berusaha mencari kelemahan yang boleh memalukan orang Islam.Masyarakat di UK yang majoritinya bukan Islam sentiasa memandang sinis dan ketawa bila isu Sufiah heboh di UK. Pernahkah kita terfikir betapa hancur hati ibu Sufiah?Selepas suami dituduh melakukan gangguan seks dan dijatuhi hukuman, tiga hari kemudian terpampang pula berita dan gambar Sufiah menjadi pelacur di dalam akhbar.Semuanya bagai dirancang dan diatur. Bayangkan betapa hancur hatinya (Halimahton). Ibu mana sanggup melihat anaknya berbogel dan digelar pelacur.Selain itu, mana ada pelacur bangga dengan kerjanya dan ditemuramah pula dalam TV.Di UK punyalah ada banyak pelacur dan ramai juga yang lebih cantik daripada Sufiah, tapi kenapa mereka tawar Sufiah beribu-ribu pound untuk ditemuramah? Apa sebabnya? Bagi saya, sebab Sufiah orang Islam dan keluarganya juga Islam.Kita perlu sedar, musuh Islam memang suka tengok orang Islam jadi pelacur dan pengganas. Kalau boleh, orang Islam yang genius semua mereka nak jadikan pelacur.Kami dari Pisang cuba sedaya upaya untuk memastikan supaya Sufiah kembali ke pangkal jalan dan kami akan berusaha segala yang terdaya untuk memastikan semua pelajar Melayu di sini tidak menjadi seperti Sufiah.Saya akui ramai lagi kes macam Sufiah di Malaysia, tapi di Malaysia ramai orang Islam, ada jabatan agama Islam, ada kerajaan Islam dan ada negara Islam. Saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu.Namun keluarga Sufiah di sini (UK) diserang dari segenap penjuru dengan pelbagai sindiran dan tohmahan. Mereka bersendirian menghadapinya, oleh itu kami datang untuk membantunya.Permintaan saya bagi pihak Pisang, doakan kami dan doakan Sufiah. Buatlah solat hajat, tak berdosa kalau kita berusaha menolongnya. Jangan pemalas dan usah sombong. Sekian, terima kasih."
URL : http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20080504091400/Article

Comments