Rawatan Diri dengan Aura dan Zikir
1. 70% punca penyakit disebabkan masalah psikologi. Oleh sebab itu para doktor atau perawat tradisional akan memulihkan kekuatan jiwa pesakit dengan pelbagai kaedah. Menerus kaedah psikologi bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri pesakit. Dengan pemulihan kekuatan jiwa pesakit, rawatan akan cepat memberi kesan untuk proses penyembuhan. Sebenarnya 70% proses penyembuhan itu datang dari pesakit sendiri dan hanya 30% rawatan dari perawat atau ubat-ubatan. 2. Kelemahan jiwa atau mental akan menyebabkan pesakit mudah kecewa atau tiada semangat juang. Dengan sebab itu ia tiada kekuatan melawan penyakitnya sendiri. Malah amat merbahaya jika dia mengatakan “penyakit yang ada padanya tidak boleh sembuh!” Dia menjadi lemah dengan pendapatnya sendiri dan rawatan akan menjadi lambat untuk sembuh. 3. Gangguan makhluk halus amat mudah menyerang mereka yang lemah jiwanya. Dengan kata lain orang yang lemah jiwanya memiliki tenaga yang rendah dan menyamai frekuensi (gelombang) jin dan s...