Posts

Showing posts from January, 2010

Panduan bagaimana untuk solat kembali

Image
Semasa zaman belajar dulu, saya ada seorang kawan baik. Saya rasa tak perlulah saya dedahkan namanya. Biarlah ia menjadi rahsia saja. Kawan saya tu dari segi perwatakannya dan juga sikapnya memang wajar dipuji. Dia pandai bergaul dengan orang lain. Sangat baik dengan kawan-kawannya. Dan seorang yang prihatin kepada alam sekitar. Pendek kata, dia amat mudah didekati dan mesra dengan semua orang. Cuma ada satu masalah dia. Dia ni liat sikit nak solat. Jangan kata solat sunat, solat 5 waktu sehari semalam pun dia tak buat. Malah solat jumaat yang seminggu sekali tu pun, dia hanya buat setelah diajak berulang kali. Saya pernah juga beberapa kali tegur dan nasihat dia. Tapi macam biasa la, dia buat dengar tak dengar jer. Kadang-kadang tu, kalau kita ajak dia solat, dia hanya senyum kambing jer. Sambil senyum tu dia boleh cakap pulak kat saya ; “hang sembahyang untuk aku jer la” Aduh, liat sungguh nak solat… OK, khusus kepada kawan saya tu,juga untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga p...

Pilih Dunia Atau Akhirat?

Image
“Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat.” (Surat Ali ‘Imraan / Keluarga Imran Ayat 152) “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surat Huud / Nabi Hud -Alahis Salam Ayat 15-16). “Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya d...

Hati mudah berubah, iman turun dan naik...

Image
Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman Bersama Dr Juanda Jaya RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya. Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah. Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah: # Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ...