Posts

Mendidik hati Ini

Image
Hati adalah sumber keperibadian kita. Ia adalah pemimpin dan pengarah seluruh perilaku seharian kita. Ia adalah tempat kehidupan kejiwaan dan spiritual. Hati itu pada awalnya suci, fitrah, cenderung kepada Allah. Lalu kemudian ia dikotori oleh dosa-dosa, dan kederhakaan kepada Allah dan kepada sesame manusia. Bila kotoran itu telah menutupi hati, ia akan sakit, lalu malas beribadah, sulit menerima nasihat. Bila kondisi itu tidak segera ditangani, hati bisa mati, lalu kafir melawan Allah, menilai yang baik itu buruk, dan yang batil itu sebagai kebenaran. Di hati ku lakarkan sebuah impian Yang aku namakan harapan Apabila ku tentukan arah serta tujuan Rela ku hadapi cabaran Jalan ke puncak itu beronak dan berliku Menyukarkan pendakianku Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini Demi hasrat yang suci Aku sangkakan harapan selembut impian Yang menguliti tidur insan Kiranya kehidupan tidak sedemikian Goyah hatiku oleh kenyataan Tak harus ku turuti kelemahan diri Tak daya bertahan diuji Lalu a...

Panduan bagaimana untuk solat kembali

Image
Semasa zaman belajar dulu, saya ada seorang kawan baik. Saya rasa tak perlulah saya dedahkan namanya. Biarlah ia menjadi rahsia saja. Kawan saya tu dari segi perwatakannya dan juga sikapnya memang wajar dipuji. Dia pandai bergaul dengan orang lain. Sangat baik dengan kawan-kawannya. Dan seorang yang prihatin kepada alam sekitar. Pendek kata, dia amat mudah didekati dan mesra dengan semua orang. Cuma ada satu masalah dia. Dia ni liat sikit nak solat. Jangan kata solat sunat, solat 5 waktu sehari semalam pun dia tak buat. Malah solat jumaat yang seminggu sekali tu pun, dia hanya buat setelah diajak berulang kali. Saya pernah juga beberapa kali tegur dan nasihat dia. Tapi macam biasa la, dia buat dengar tak dengar jer. Kadang-kadang tu, kalau kita ajak dia solat, dia hanya senyum kambing jer. Sambil senyum tu dia boleh cakap pulak kat saya ; “hang sembahyang untuk aku jer la” Aduh, liat sungguh nak solat… OK, khusus kepada kawan saya tu,juga untuk mengingatkan diri saya sendiri dan juga p...

Pilih Dunia Atau Akhirat?

Image
“Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat.” (Surat Ali ‘Imraan / Keluarga Imran Ayat 152) “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surat Huud / Nabi Hud -Alahis Salam Ayat 15-16). “Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya d...

Hati mudah berubah, iman turun dan naik...

Image
Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman Bersama Dr Juanda Jaya RAMAI hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya. Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah. Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah: # Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ...

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT

Image
Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin Panel Penulis JAKIM Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: 'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenang...

Segala Puji BagiMu...

Image
Segala puji bagi-MU, YA ALLAH.. yang pertama..tanpa ada yang mengawalnya... yang terakhir..tanpa ada yang mengakhiri... yang tak terlihat oleh pandangan orang yg memandang... yang tak tergambarkan oleh bayang..orang yang membayangkan.. ENGKAU ciptakan makhluk dengan kekuasaan-MU ENGKAU ciptakan segala sesuatu dengan kehendak-MU Segala puji YA ALLAH... yang memberi kami kemampuan utk mensyukuri nikmat-MU yang membuka bagaikan pintu-pintu ilmu ke-ilahi-an-MU Segala puji YA ALLAH.. dengan segenap pujian..yang dikumandangkan.. para malaikat,dan para makhluk yang dimuliakan.... Segala puji bagi-MU... atas nikmat yang KAU berikan.. kepada kami,hamba-hamba yang telah mendahului...maupun yang akan datang kemudian... pujian kami aturkan kepada-MU..sebagai penghubung utk mentaati-MU.. dan meminta ampunan..sebagai penyebab memperolehi redho penghantar jalan menuju syurga... Segala puji bagi-MU YA ALLAH... KAU ciptakan kami sebagai hamba-MU... dan sebagai ummat NABI MUHAMMAD S.A.W. , kekasih-MU......

Kembali pada Mu…

Image
Kembali pada Mu… Alangkah susahnya mendidik hati... Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan... Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan... Alangkah susahnya mendidik hati... Bila dipuji sombong mengisi diri... Bila diuji pencaci dibenci... Hingga berdendam sampai mati... Didiklah hati... Menuju jalan kebenaran... Demi mencari redha Ilahi... Allahu ma'i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi... Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan, Berdampinglah kamu dgn insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan, Serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan, Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.. Sahabat... Jika hari ini aku terlalu gembira.. Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.. Jikaku bersedih tanpa kata... Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta.. Jikaku lemah tak berdaya.. Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga.. Jika antara kita ada tembok yang memisah... Ajaklah aku meleraikanny...