Tazkirah Remaja: Hidupkan kembali roh jihad
KITA masih lagi dalam kemeriahan menyambut maulid Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang ingat tarikh lahir nabi dan ada yang kabur. Apapun yang popular orang ingat Tahun Gajah tahun dilahirkan nabi yang agung itu. Tahun Gajah adalah sempena seorang panglima yang bernama Abrahah yang bertekad untuk memusnahkan Kaabah. Dengan mengumpul beratus gajah daripada Afrika akhirnya dia bergerak ke Makkah. Dipendekkan cerita tibalah di sebuah kampung sebelum tiba di Makkah, Abrahah merampas dua ratus ekor unta milik Abdul Muttalib yang menjaga Kaabah. Bila sahaja Abdul Muttalib mengetahui untanya dirampas beliau bergegas menemui Abrahah. Selepas dipersilakan duduk, Abrahah bertanya: "Apa hajat datang? Jawab Abdul Muttalib: "Aku datang hendak mengambil untaku." Terkejut Abrahah seraya berkata: "Hairan aku, kenapa kamu lebih sayangkan untamu daripada Kaabah. Sepatutnya kamu minta aku supaya tidak serang Kaabah." Abdul Muttalib menjawab dengan satu jawapan yang masyhur, katanya: ...