Anda stress dengan masalah hidup?
Syukur Alhamdulillah dengan izin penulis artikel ini Ustaz Muhammad Haniff Hassan saya dapat meletakkan artikel ini di sini. (link:hanifiyah.multiply.com) Islam telah menjelaskan kepada manusia bahawa hidup ini sebenarnya ialah untuk berubudiyah kepada Allah taala (lihat Az-Zariyat : 56). Dalam proses melakukan tanggungjawab ubudiyah ini di sana terdapat ujian-ujian dari Allah taala untuk mengetahui siapakah di antara manusia ini yang lebih baik amalannya (lihat Al-Mulk : 2). Antara tanggungjawab ubudiyah ini ialah berusaha untuk memakmurkan bumi ini, yang dikenali dengan tugas khilafah (lihat Al-Baqarah : 30). Berdasarkan kepada fakta di atas maka jelaslah bahawa sememangnya hidup ini bukan mudah dan ianya penuh dengan cabaran, usaha keras dan perjuangan yang menyebabkan tekanan (stress). Maka bagi manusia yang memahami hakikat di atas, tekanan adalah sesuatu yang lumrah dan sunnah kehidupan yang perlu diterima dan dijangka. Bagi manusia yang seperti ini, tekanan tidak semestinya meny...